CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
أهلا وسهلا

شكرا على زيارتكم

hadirnya tanpa kusedari menggamit kasih cinta bersemi..
hadir cinta insan padaku ini.., anugerah kurniaan ilahi..

Monday, October 31, 2011

kenapa????

hari ni dari pagi lagi dh xde mud.... dah la smlm baru balik camping.., penat xabis lagi dah kene g kursus lak... nasib baik la satu hari jer...

aku pikir kursusnye mcm best jer arr..., ade bengkel2.. rupe2nye dengar ntah hape2 ntah... smpai mcm nk termuntah aku nk mendengarnye.... nasib baik la slot ke3 ok sikit.., belajar something yang baru.. xde la bosan tahap tenuk lagi kan...

sebenarnye perkara yang membuatkan aku tension n sakit ati ari ni xlain xbukan "mamat antu" tu ar... pagi2 ari lagi dh terima sms yang leh wat aku hangin satu badan... tapi nasib baik jugak la kan ari ni aku xg sekolah.., kalo x.., silap2 ngan budak2 tu sekali terkene tempias angin xbetul aku...~

ingatkan abis kat situ je la..., xsangka malam ade lak something yang berlaku..., masih berkaitan ngan hati aku yang xberapa nk betul sejak pagi tadi kan... ape kejadian tu... biarlah rahsia...~

ala..., malas la nk sambung taip lagi..., idea aku byk lagi ni..., tp mud menulis aku mcm dh xde jerk...~

see you...., nite ;-)

Wednesday, September 14, 2011

Wahai Adam Yang Akan Bertahta Di Hatiku Sebagai Calon Imamku

Alhamdulillaah…..
Segala Puji bagi Allah Tuhan Seru sekalian alam.Tuhan Yang Maha Rahman.Maha Rahim.. Shalawat serta salam senantiasa tercurah untuk kekasih Allah,Muhammad Rasulullah Shallahu 'alaihi wassalam.Allahumma Shalli wa Salim Ala Sayyidina Muhammadin wa Ala aali Sayyidina Muhammadin fi Kulli Lam Hatin wa na Fasinn bi'adadi Kulli Ma'lu Mil Lak.

`*•Yaa Rabbi•*´¯)Ajarilah kami bagaimana memberi sebelum meminta,berfikir sebelum bertindak,santun dalam berbicara,tenang ketika gundah,diam ketika emosi melanda,bersabar dalam setiap ujian.Jadikanlah kami orang yg selembut Abu Bakar Ash-Shiddiq,sebijaksana Umar bin Khattab,sedermawan Utsman bin Affan,sepintar Ali bin Abi Thalib,sesederhana Bilal,setegar Khalid bin Walid radliallahu'anhumღAmiin ya Rabbal'alamin.

Wahai Adam yang akan bertahta di hatiku sebagai Calon Imamku.
Jika engkau mengharapkan harta menggunung tinggi, aku pasti akan mengecewakanmu..
Jika engkau mengharapkan wajah secantik puteri, aku pasti akan mengecewakanmu..
Jika engkau mengharapkan layanan sebaik khadam, aku pasti akan mengecewakanmu..
Jika engkau mengharapkan teman yang setia di sisi, aku pasti akan mengecewakanmu..

Wahai Adam yang akan bertahta di hatiku sebagai Calon Imamku.
Sebelum benar-benar engkau hadir, inginku bertanya sesuatu padamu..

Adakah engkau sanggup menerimaku sebagai isteri jika tidur lena mu ku ganggu untuk kita bersama-sama munajat padaNya..
Adakah engkau sanggup jika aku tidak sudi engkau menjadi imamku untuk solat subuhku kerana ku ingin dirimu solat subuh berjemaah di masjid..
Adakah engkau sanggup jika selepas pulangnya engkau dari solat berjemaah aku tidak merelakan engkau tidur semula..malahan aku ingin engkau menghidupkan majlis taklim (saling berkongsi pengisian) antara aku & dirimu..
Adakah engkau sanggup jika setiap pagi aku ingin kau membaca mathurat bersama ku..
Adakah engkau sanggup jika selepas kau pulang dari bekerja, aku masih lagi dengan tugasku di luar..

Adakah engkau sanggup jika ketika engkau di rumah,aku sering meminta izin untuk keluar dengan alasan berjumpa rakan-rakan sedangkan pada hakikatnya aku ingin meneruskan medan perjuanganku..

Adakah engkau sanggup jika setiap insan & khamis kau menemaniku berpuasa sunat..
Adakah engkau sanggup jika bersama-samaku menghidupkan sunnah Rasulullah SAW dalam kehidupan kita..
Adakah engkau sanggup jika aku menasihatimu & membawamu lebih mendekatiNya..
Adakah engkau sanggup jika akan ada malam tertentu rumah kita akan dipenuhi orang untuk majlis ilmu..
Adakah engkau sanggup jika tetamu kita sering bertamu sehingga tidur di rumah kita kerana ia mungkin akan mengganggumu..

Adakah engkau sanggup jika hujung minggu kita dipenuhi dengan menziarahi orang tua kita..

Adakah engkau sanggup jika aku meminta dirimu menceritakan kisah sirah Rasulullah SAW & perjuangan para sahabat kepada anak-anak kita sebelum mereka tidur..

Adakah engkau sanggup jika aku tidak merelakan engkau memberi pelbagai kemewahan pada anak-anak kita kerana aku ingin mereka menjadi hambaNya yang bersyukur selalu..

Adakah engkau sanggup jika tanganmu sentiasa ku pegang walau ke mana arah tuju ketika kita berjalan bersama..

Adakah engkau sanggup jika keluar berjalan denganku yang bertudung labuh,berbaju longgar, dan seringkas yang mungkin di hadapan hambaNya yang lain..

Adakah engkau sanggup jika masakanku tidak sesedap yang kau harapkan..
Adakah engkau sanggup jika layananku kekok padamu..
Adakah engkau sanggup jika ujian Allah itu datang dan ku pinta engkau menyunting bunga yang lain untuk dirimu..
Adakah engkau sanggup jika segala ini benar-benar berlaku???

Wahai Adam yang akan bertahta di hatiku sebagai Calon Imamku.
Aku tahu bagimu pernikahan itu menghalalkan segalanya…tapi lain dari persepsiku…

Sememangnya benar pernikahan itu menghalalkan segala apa yang terhijab antara aku dan dirimu…tapi aku ingin kau juga mengetahui & mengerti bahawa pernikahan jua adalah jalanku untuk ke syurga-Nya..pernikahan jua adalah jalan untuk kita melahirkan mujahid mujahidah yang soleh solehah..sememangnya aku akan berusaha semampuku untuk membahagiakanmu kerana walau apa yang berlaku, kau tetap suamiku tika itu..namun telah ku nekad dalam diriku untuk terus memperjuangkan segala apa yang ku perjuangkan kini…aku memberitahu segala ini terlebih awal kerana aku tidak ingin engkau menyesali jika perkara ini benar-benar terjadi..kerana itu telah dari awal ku sediakan diriku untuk membiarkan engkau mencari yang terbaik untuk dirimu..kerana cukuplah Allah bagiku..mungkin bersamaku akan membuatkan dirimu merasa bosan & tiada kehidupan tapi sedarlah wahai bakal suamiku bahawa cara hidup Rasulullah SAW itulah yang terbaik..dalam rumah tangga kita pasti ada senda guraunya..Cuma aku mungkin akan lebih sibuk dengan gerak kerja ku di jalan-Nya..kerana telah ku pilih jalan-Nya..hingga akhir hayatku akan ku terus di jalan-Nya..dan ku bermohon semoga hembusan nafasku yang terakhir jua adalah di jalan-Nya..terimalah diriku seadanya

Dunia ini sudah tidak lama lagi..jika ada jodoh di dunia, kita akan bertemu atas ikatan pernikahan yang sah atas namaNya..tidak ku mengharapkan engkau seorang yang terlalu mulia..cukuplah bagiku jika engkau sedar hakikat dirimu iaitu hamba Allah..kerana jika engkau sedar, pastinya engkau akan menjalankan tanggungjawabmu sebagai hambaNya..jika tiada jodoh kita di dunia, semoga kan bertemu di syurga..insyaAllah..aku ingin kau tahu bahawa cinta Ilahi tetap yang utama di hatiku..dan aku mencintaimu kerana Dia~

Sekian warkah khas untukmu wahai Adam yang akan bertahta di hatiku sebagai Calon Imamku.

❤●•٠·˙ RIJAL IDAMANKU..˙·٠•●❤


Rijal idamanku adalah seorang lelaki yang buta, bisu, bakhil dan papa...

Biarlah dia seorang yang buta…Buta kerana matanya sunyi dari melihat perkara-perkara maksiat dan lagha,Juga buta kerana kedua-dua matanya terpelihara dari memandang aurat wanita ajnabi…Asalkan kedua-dua matanya terang dalam memerhati keagungan ciptaan Allah,Asalkan dia celik dalam melihat kesengsaraan umat Islam di Palestin, Bosnia, Ambon dan seumpamanya.

Biarlah dia seorang yang bisu...Bisu dari pujuk rayu yang bisa menggoncang keimanan,Bisu dari mengungkapkan ungkapan yg bisa meracun fikiran,Juga bisu dari perkataan yang bisa mengundang kekufuran...Asalkan bibirnya sentiasa basah mengingati Tuhan,Asalkan lidahnya tidak pernah lekang dari membaca Al-Quran,Asalkan dia petah membangkang kemungkaran,dan asalkan dia lantang menyuarakan kebenaran.

Biarlah dia seorang yang bakhil...Bakhil dalam memberi senyuman kepada wanita yang bukan mahramnya,Bakhil dalam meluangkan masa untuk membuat temujanji dengan wanita ajnabi yang boleh dinikahinya,Juga bakhil untuk menghabiskan wang ringgitnya untuk seorang wanita yang tidak sepatutnya...Tetapi dia begitu pemurah meluangkan masanya untuk beribadah dengan Khaliqnya,Dia begitu pemurah untuk mempertahankan aqidahnya,Pemurah dalam memberikan nasihat dan teguran,Sehingga dia sanggup menggadaikan hartanya bahkan nyawanya demi melihat kalimah syahadah kembali megah di muka dunia!

Dan biarlah dia seorang yang papa...Papa dalam melakukan perkara maksiat,Papa dalam ilmu-ilmu yang tidak berfaedah dan tidak bermanfaat,Juga papa dalam memiliki akhlaq mazmumah...Tetapi dia cukup kaya dalam pelbagai ilmu pengetahuan yang berfaedah lagi bermanfaat,Dia begitu kaya memiliki ketinggian akhlaq dan budi pekerti yang mulia,Dia begitu kaya dengan sifat sabar dalam mengharungi kesengsaraan hidup,Dan dia seorang yang kaya dalam menanam impian untuk menjadi seorang syuhada yang syahid di jalan Allah!

Yang dicari bukanlah putera raja,tetapi seorang putera agama...Yang diimpi, biarlah tak punya rupa,asal sedap dipandang mata...Yang dinilai, bukan sempurna sifat jasmani,asalkan sihat rohani, sempurna hati...Yang diharap, bukan jihad pada semangat,asal perjuangannya ada matlamat...Yang datang, tak perlu rijal yang gemilang,kerana ku sedar diri ini hanyalah serikandi dengan silam yang kelam...Yang dinanti, bukan lamaran dengan permata,cukuplah akad dan janji setia...Dan yang akan terjadi,andai tak sama kehendak hati,tetap akan ku redha dengan ketetapan Ilahi…

·٠•●❤ ISTIQARAH CHENTAKU ❤●•٠·


Bismillahirrahmanirrahim..

Diatas Sejadah cintaku malam ini,

aku tertunduk pada gelap dan pekatnya malam,

meraba rahasia mu Ya ALLAH atas jodoh yang kan kau pilihkan untukku,

istikharah mencari jawapan tuk menggapai redhaMu..

dalam doa kubersimpuh pasrah,

memohon datangnya jawapan kepada Sang Pemberi Hidayah..

bila jawapan itu masih tergantung di dada langit,

maka turunkanlah..

bila jawapan itu masih terpendam di perut bumi,

maka keluarkanlah,

bila jawapan itu sulit untuk kuraih,

maka mudahkanlah,

bila jawapan itu masih jauh

maka dekatkanlah..

Duhai kekasih sejati, Engkau Maha cahaya, Engkau Cahaya di atas Cahaya.

Dalam kerinduan mendalam,dalam tatih meniti Pintu Cahaya,

aku di sini, bersimpuh tuk menjemput CINTA,

Cinta Seseorang Yang telah kau pilih kan semoga kan abadi di dunia dan Akhirat..

“Ya Allah, Tuhan yang Maha Memiliki Rahsia,

Tuhan yang Maha memegang kasih sayang seluruh jiwa kami,

Tuhan yang Maha Penentu, Tuhan yang Maha Menyatukan jiwa-jiwa kami,

ya Allah, aku merupakan hamba yang lemah,

hamba yang tidak mampu mengawal diriku daripada fitrah seorang manusia yang memerlukan teman,

memerlukan kekasih, memerlukan suami/isteri, memerlukan keluarga..

Ya Allah aku tidak mampu menahan diriku daripada terjerumus ke dalam kemaksiatan.

Ya Allah, jika masanya telah tiba,

jika apa yang aku mohon ini merupakan sesuatu yang terbaik disisiMu ya Allah,

terbaik buat agamaku ya Allah, terbaik buat diriku, keluarga dan seluruh mukminin dan mukminat ya Allah,

maka aku memohon kepadaMu ya Allah agar aku ditemukan dengan jodoh yang terbaik di sisiMu ya Allah.

Setiap yang terbaik di sisiMu ya Allah, pasti terbaik buat diriku ya Allah.

Namun ya Allah,

jika masanya untuk dipertemukan dengan jodohku belum tiba ya Allah,

maka ya Allah, aku memohon kepadaMu agar Kau tunjukkan jalan-jalan untuk aku memiliki jodohku ya Allah.

Aku memohon agar Kau tunjukkan aku tuntutun-tuntutanMu yang perlu aku lakukan untuk memiliki jodohku ya Allah.

Ya Allah, Tuhan yang Maha Memakbulkan doa, Tuhan yang Maha Penentu jodoh..

ya Allah jauhilah aku daripada kemaksiatan,

jauhilah aku daripada perkara-perkara yang tidak dapat memberikan manafaat,

jauhilah aku daripada perkara-perkara yang Engkau murkai dan perkara-perkara yang menyesatkan diriku ya Allah.

Hanya padaMu saja tempat ku memohon petunjuk..

Berikanlah apa yang terbaik untukku di dunia dan akhirat,

Dan berikanlah hambaMu ini KEBAHAGIAAN yang Berpanjangan..

Amin ya Rahman..Amin ya Rahim..Amin ya Rabbal Alamin..

♥♫♥♫♥ AKU HANYA WANITA BIASA ♥♫♥♫♥

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

Kepadamu yang akan menjadi pendampingku kelak..Terima kasih karena telah memilihku di antara ribuan bidadari di luar sana yang siap untuk kau pilih.. Padahal kau begitu tahu, aku hanya wanita biasa, yang sangat jauh dari sempurna.Karenanya ku ingin kau tahu, aku bukan wanita yang sempurna, aku begitu banyak kekurangan. Maka ketahuilah..

Kepadamu yang akan memilihku kelak..

Aku tak sebijak siti khadijah, karenanya ku ingin kau tahu, aku bisa saja berbuat salah dan begitu menyebalkan kamu. Maka ku mohon padamu, bijaklah dalam menghadapiku, jangan marah padaku, nasihati aku dengan hikmah, karena bagiku kaulah pemimpinku, tak akan berani ku membangkang padamu..

Duhai kau yang telah memilihku kelak.. Ingatlah, tak selamanya aku dapat tampak cantik di matamu, ada kalanya aku akan begitu kusam dan jelek. Mungkin karena aku begitu sibuk bekerja di dapur, menyiapkan makan untuk kau dan anak-anak kita nanti –insya’Allah-. Maka aku akan tampak kotor dan berbau asap. Atau karena seharian ku harus menghiasi istana kecil kita, agar kau dan anak2 kita dapat tinggal dengan nyaman dan sempurna. Maka mungkin aku tak sempat berdandan untuk menyambutmu ketika kamu pulang bekerja.. Ataukah kau akan menemukanku terkantuk kantuk saat mendengar keluhan dan ceritamu, bukan karena aku tak suka menjadi tempatmu menumpahkan segala rasamu, tapi karena semalam saat kau tertidur dengan nyenyak, aku tak sedetikpun tertidur karena harus menjaga malaikat kecil kita yang sedang rewel, dan ku tau kau letih mengais rezeki untuk kami maka tak ingin ku mengusik sedikit pun lelapmu.. Jadi jika esok pagi kau mendapatiku begitu letih dan ada lingkaran hitam di mataku, maka tetaplah tersenyum padaku, karena kau adalah kekuatanku..

Padamu yang menjadi nahkoda dalam hidupku kelak..

Ketahuilah, aku tak sesabar Fatimah, ada kalanya kau akan menemukanku begitu marah, menangis dan tak terkawal, bukan karena ku membangkang padamu, tapi aku hanya wanita biasa, aku juga perlukan tempat untuk menumpahkan beban di hatiku, tempat untuk melepaskan penatku, dan mungkin saat itu aku tak menemukanmu, atau kau begitu sibuk dengan pekerjaanmu, maka bersabarlah, yang ku perlukan hanya pelukan dan belaianmu.. Karena bagiku kau adalah titisan embun yang mampu memadamkan segala resahku..

Ataukah ada kalanya tanganku akan mencubit dan memukul pelan si kecil karena lelah dan penatku di tambah rengekannya yang tak habis-habisnya. Sungguh bukan karena ku ingin menyakitinya, tapi kadang aku kehabisan cara untuk menenangkan hatinya. Maka jangan membentakku karena telah menyakiti buah hati kita, tapi cukup kau usap kepalaku, dan bisikkan kata sayang di telingaku, karena dengan itu ku tau kau selalu menghargai semua yang ku lakukan untuk kalian, dan kau akan menemukanku menangis menyesali perlakuanku pada anak2 kita, dan aku akan merasakan ribuan kali rasa sakit dari cubitan yang ku berikan padanya, dan aku akan berjanji tak akan mengulanginya lagi..

Padamu yang menjadi imam dalam hidupku kelak..

Ketahuilah, aku tak secerdas Aisyah.. Maka jangan pernah bosan mengajariku, membimbingku ke arah-Nya, walau kadang aku begitu bebal dan bodoh, tapi jangan pernah letih mengajariku.. Jangan segan membangunkanku di sepertiga malam untuk bersamamu bermunajat pada Kekasih yang Maha Kasih.. Jangan letih mengingatkanku untuk terus bersamamu meraih pahala dalam amalan-amalan sunnah.. Bimbing tanganku ke JannahNya, agar kau dan aku tetap bersatu di dalamnya.

Padamu yang menjadi kekasih hati dan teman dalam hidupku..

Seiring berjalannya waktu, kau akan menemukan rambutku yang dulu hitam legam dan indah, akan menipis dan memutih. Kulitku yang bersih akan mulai berkedut. Tanganku yang halus akan menjadi kasar.. Dan kau tak akan menemukanku sebagai wanita cantik, yang kau khitbah puluhan tahun yang lalu.. Bukan wanita muda yang selalu menyenangkan matamu.. Maka jangan pernah berpaling dariku.. Karena satu yang tak pernah berubah, bahkan sejak dulu akan terus bertambah rasa cintaku padamu..

Ketahuilah.. Tiap harinya, tiap jam, minit dan detiknya, telah aku lewati dengan selalu jatuh cinta padamu..Maka, cintailah aku, dengan apa adanya aku.. Jangan berharap aku menjadi wanita sempurna.. Maafkan aku karena aku bukan putri.. Aku hanya wanita biasa..

Maka,terimalah aku seadanya wahai calon imamku..insyaAllah,moga kasih sayang kita kekal berpanjangan sampai syurga..amin allahumma amin.


˙·٠☆•♥ INDAHNYA CHENTA KERANA ALLAH ♥•☆٠·

Ini kisah mereka.. kisah cinta yang membawa ke syurga.

Kata mak.. Mak abah berjumpa di program. (Mungkin tamrin sebenarnya) Program akhir tahun siswa siswi universiti. Kata mak, ketika itu mak sedang menuruni tangga, dan terpandang abah. ...Itulah kali pertama mereka berjumpa mungkin. Cinta pandang pertama. Mak muslimah yang solehah, beriman. Bertudung labuh dan berjubah lembut. Mak mempunyai wajah yang indah. Cantik dan menyenangkan. Mak pernah dipinang, malah beberapa kali. Alhamdulillah, mak senantiasa bergantung pada Allah.

Setiap pinangan, mak akan istikharah. Pernah hadir sebuah pinangan untuk mak, yang mak istikharah ke atasnya. Dan kata mak.. "Mak mimpi mak pakai pakaian pengantin.. indah.. tapi mak pelik.. kenapa baju pengantin mak tak habis dijahit.. tak lengkap.." Dan pinangan abah datang. Hadir, Seakan angin yang menyampaikan sinar bahagia yang menenangkan.. dan pada Allah, mak bergantung harap. Mak sekali lagi istikharah. Dan Allah mengurniakan juga tanda dalam mimpi.

Mak lihat.. "Mak solat.. dan abah yang menjadi imam.. abah yang menjadi pemimpin.." Cerita mak sambil tersenyum.. Dengan redha, mak menerima, dengan cita-cita menjadi isteri yang solehah. Alhamdulillah. Aku pernah melihat surat mak pada abah semasa pertunangan. Surat cinta dahulu kala. Aku tersenyum. Hehe. Membahagiakan. Aku pernah melihat buku haraki yang dihadiahkan mak pada abah, dengan kata-kata semangat seorang muslimah kepada mujahid. Agar terus tetap dalam perjuangan. Oh, bahagianya..

Mak selalu cerita tentang kenangan manisnya.. Dulu, ketika mak mengidam mengandungkan anak sulungnya, iaitu aku..mak pernah teringin untuk makan buah, dan abah belikan 2 bekas besar khas untuk mak. Ketika mak dalam pantang dan terasa nak minum jus,abah hadir dengan satu jag besar air. Cerita mak sambil tersenyum. Dan begitulah abah, terlalu baik. Amat baik. Dan hidup mak senantiasa bersama abah.

Kadang-kadang mak sakit. Pernah mak pengsan dua kali dan masuk wad. Pernah kami sekeluarga mengalami detik-detik yang amat mensyahdukan. Abah pangku mak, dan abah menangis. Aku sebak melihat abah menangis. Dan aku tak pernah melihat abah menangis seperti itu sebelum ini. Dan abah, benar-benar menjaga mak dengan sepenuh jiwa dan raga.

Cerita mak.. Ketika sama-sama menunaikan haji. Ketika semua jemaah sudah pulang, abah masih belum pulang walaupun sudah 2 jam berlalu. Mak risau. Dan tiba2 mak terlihat abah.. "Abang ke mana? Risaunya ani.." Jawab abah,"Abang buat tawaf, dua kali.. satu untuk abang, dan satu untuk ani.. Mak terharu, biasanya tawaf setengah jam. Tapi disebabkan ramai orang, jadi sejam. Dan abah sanggup buat untuk mak. Abah dan mak selalu berlumba untuk beribadah.. "Abang buat solat sunat tasbih lagi banyak daripada ani.." "Isk, ani tak boleh sembahyang boleh lah abang potong.." Dan abah hanya ketawa.

Dalam sunat tasbih, dalam solat tahajjud, dan pelbagai perkara. Di rumah ada sebuah buku. Amalan harian di bulan ramadhan, amalan setiap hari. Dan abah dan mak selalu berebut untuk buku tersebut. Selalu bertukar tangan. Pernah mak tanya, "Abang suka ani marah-marah, tapi sihat ke??atau ani diam, tapi ani sakit.." "Tentulah abang suka ani sihat, walaupun marah-marah.." jawab abah..

Dan bila mak teringinkan sesuatu, abah akan usaha membahagiakan mak. Abah seorang tukang masak yang baik. Amat baik. Dan abah selalu membanggakan mak. Ke mana mak pergi, mak bangga bila orang berkata "Beruntung Ani dapat suami macam tu.." Mak gembira. Kadang-kadang mak pening kepala. Abah akan belai kepala mak. Bacakan ayat al-quran dengan penuh kasih sayang. Dan itu amat menenangkan mak..

Pernah mak berkata.. "Abah terlalu baik, amat baik.. Sehinggakan mak penah terfikir, jika abah mengimpikan untuk berkahwin baru. Mak akan izinkan, mak akan benarkan.. Abah terlalu baik, dan mak sentiasa inginkan kebahagiaan abah.."Dan abah selalu membanggakan mak,hingga saat terakhir. Hingga abah kini, Sudah tiada. Pergi untuk bertemu cinta agungnya.. Abah membanggakan mak dengan senyuman manisnya walaupun abah sudah tiada. Senyuman yang meredakan tangisan kami.

Mak sedih, terlalu sedih. Mak peluk dan belai abah. Ketika tangisan mak mereda. Mak berkata.. "Senyuman abah sinis, seperti senyumannya selalu untuk mengusik mak.." Mak seakan tak lalu makan. Dan aku cuba menyuap. Mak menahan sambil menangis."Jangan suap mak, mak akan teringatkan abah.." Mak tak boleh mendengar deringan telefon. "Mak berharap sangat yang telefon tu abah.." Mak terus menangis.. Sebentar mak tersenyum. "Abah terlalu baik, sehinggakan nak mencari keburukan, susah sangat.. kecuali satu.. suara abah yang tak sedap.. Itupun mak rindukan sangat suara tu..." ujar mak sambil menarik nafas dalam. Amat dalam.

"Nadwan, mak perlu kuat kan? Sebab abah dah pergi dengan baik sangat. Jadi mak kena gembira. Mak kena gembira bila abah gembira. Abah, dah bahagia sangat hingga senyum begitu sekali. Mak juga nak jadi macam abah. Mesti abah dan dapat bidadari yang cantik-cantik kan?Agak-agak abah ingatkan mak lagi tak?.. " Mak terus tersenyum. "Mak nak buat ibadah banyak-banyak.. mak nak jadi macam abah.. mak nak masuk syurga sama-sama... sampai nanti.. insyaAllah.. mak nak jadi ketua bidadari untuk abah di syurga nanti..." Dan hati seorang isteri terus tabah. Mendamba penuh harapan dalam tangisan penuh kerinduan...

InsyaAllah,mudah-mudahan kita juga beroleh cinta seperti mereka..Ammen ya Rabb....




yang atas tu semua aku copy dr org jerk...~

yang kat bawah ni la reality ape yang ade kat dalam hati aku...

aku ni nampak jerk mcm ganazz tahap cipan kan..., tp dalam hati ade taman wei...~ heheheh:-) betul.., ini bukan cobaan tapi benar2 berlaku.. wakakaka:-)

aku inginkan satu hubungan yang amat suci hadirnya.. bukan dengan couple.., bkn dengan percintaan yang melampau.., tapi cukuplah sekadar kenal dr jauh tanpa kata2 cinta terlampau... biar ianya suci n bersih dari anasir2 yang tak sepatutnya wujud..

wah.., kalo bace ayat aku ni mcm baik sgt je kan bunyik nyer.. mcm org yang tak pernah bercinta je gayenyer...~ mmg la.., aku pun mengalami saat2 cinta romantik yang xabis2 dok cite soal hati n perasaan denagn "si hero tamil" aku sorang tu.. tapi tu la.., aku tak perlukan semua tu sebenarnye...

aku jugak sebolehnye memerlukan seorang "hero" yang mampu jadi imam waktu solat.. tak perlu la imam kat masjid2 besar segala bagai.., cukup la mampu jadi imam untuk aku n anak2 ajerk... kalau boleh sepanjang bulan ramadhan.., mampu untuk bertadaus n berqiamu lail ngan aku... aku sedar.., aku tak baik.., so aku rase aku amat memerlukan seseorang yang baik untuk aku mampu jadi insan terbaik..

agaknye sebab tu la hubungan aku ngan dia asyik jumpa jalan buntu jerk.. tak pernah nye cerah tanpa masalah....~ aku macam tak percaya dengan kemampuan dia.. bkn sebab dia tak kaye ke.., tak hensem ker.., tapi ntah la nk cakap.., aku tak yakin dia boleh jadikan kau "seseorang" yang jauh lebih baik dari sekarang.. ( tau.., aku mmg xbaik pn kan)...

lagi best.., aku juga tak perlukan satu majlis yang besar n gah mcm anak2 raje dulu kale 40hari 40 malam... cukup la majlis akad nikah n majlis kenduri kesyukuran ajerk...~ erm.., cakap boley la..., tapi ntah la..~

malas nak pikir.., cakap pasalni.., teringat kat orang yang salah pulak rasenyer.. :-(

chenta_hatiey...~

jom kite mahalkan diri kite sikit...~

Perempuan itu Mahal

Selalunya, Orang akan marah bila harga dirinya direndah-rendahkan, betul kan?

Wujud ke sebenarnya istilah perempuan murah dan perempuan mahal ni? hmmmm..

Kerapkali kita dengar wanita sering dianologikan sebagai barang yang MAHAL, contoh nya hanya cukup sekadar,

Beg Tangan.

Beg tangan yang murah, tidak begitu kemas jahitannya, tidak branded akan dilonggokkan sahaja di satu kawasan. Tapi, kadang-kadang design nya sangat menarik! Memang memikat lah.

Biasanya, kalau tengah jualan murah, orang ramai pasti akan menyerbu ke tempat beg-beg yang begitu. Duit sedikit sahaja yang dikeluarkan, puas lah jugak. Tapi, lumrah barang yang tidak ada kualiti, cepat rosak. Mungkin hanya dua tiga bulan sahaja dapat bergaya dengan beg itu, kemudian tukar baru.

Ala, murah je kan. Dah rosak beli lah baru. Bukannya rugi mana pun.

Lain pulak kisahnya dengan Beg tangan yang BERJENAMA, ekslusif akan diletak di sudut yang kemas, mungkin dirantai. Cuma orang-orang tertentu/terpilih sahaja yang boleh mendekati dan cuba membeli. Nak cuba-cuba sentuh pun belum tentu lagi sebab ada pengawal yang menjaga. Kadang-kadang juga, saya perhatikan design nya tidak lah cantik mana. Tapi, disebabkan branded, orang dah tak kesah. Asalkan kualiti nya terjamin. InsyaAllah, tak cepat rosak, kalau rosak pun, tak sampai hati nak buang. Benda mahal katakan.

Anologi yang begitu simple. Tapi mendalam maksud tersiratnya. Faham maksud saya? Mudah.

Pernah seorang sahabat berkata bgini kpda ana, "Mereka tidak sedar ‘mahal’ yang tersirat di sebalik kejadian wanita. Pada mereka, ‘mahal’ itu didapati apabila membuka dan menonjolkan segala indah susuk tubuh. Walhal, mahalnya didapati dalam diri seorang perempuan apabila tubuhnya dijaga, tiada tangan2 kasar yang memetik kelopak indah mereka. Mahalnya wanita ditemui dalam keindahan yang disimpan rapi-tak semua bisa menyentuhnya! Tapi mereka buta kerana dunia, buta dengan ganjaran syurga dan celik untuk harta yang fana."

Selepas kita menilai, cuma diri kita yang boleh decide adakah kita mahu menghakimi atau tidak.

Boleh saja nilaian itu tinggal sekadar nilaian. Tidak perlu berfikir lebih untuk JUDGE.

Bagi saya, orang hebat tidak sekadar menilai. Malah Berusaha untuk menghakimi serasional yang mungkin dan bertindak balas ke atas penghakiman yang telah dibuat.

Mungkin membetulkan perkara yang jelas salah. Mempositifkan perkara yang tampak negatif.

Membaiki situasi yang ada tertampung cela.

Menilai itu hak diri kita. Menghakimi itu juga hak. Namun, hak orang lain juga perlu untuk diberatkan ketika menghakimi.

Saya sangat TerTARIK dengan kata-kata ini,

Setiap orang mempunyai harga diri yang menggambarkan nilai seseorang.

Setiap orang menilai dirinya dan orang lain sesuai dengan

pemahamannya tentang HARGA buat dirinya.

Apa yang saya faham tentang harga diri, itulah yang akan saya nilai kan. Ilmu itu juga yang membezakan tahap nilaian seseorang :)

Ada juga yang berpendapat wanita yang murah itu hanya apabila dia sanggup menggadaikan maruah dirinya demi insan yang dicintai.

Juga ada yang merasakan wanita itu tampak mahal bila mengenakan jumlah hantaran yang tinggi.

jadi, orang yang beza pendefinisian nya tentang

harga diri tu ilmu dia kurang? Begitu maksud awak?

Tidak. Jangan salah erti maksud saya. Saya analogikan begini.

Ada yang merasakan da'wah melalui hiburan itu melalaikan. Tidak punya wawasan dan objektif yang jelas. Hanya sekadar menumpang nama da'wah. Juga akan melahirkan da'ei yang asyik leka dengan dunia.

Ada juga pihak yang sangat bersetuju arena da'wah diwarna-warnikan dengan elemen hiburan. Supaya dapat menarik minat pelbagai lapisan masyarakat. Satu usaha yang sangat murni.

Jadi, dapatkah terus disimpulkan mereka dari mana-mana golongan pertama mahupun golongan kedua itu kurang ilmunya?

Itulah apa yang saya cuba maksudkan. Kefahaman tentang ilmu itu yang menghasilkan buah fikiran berbeza.

Hati itu raja. Walaupun tiada siapa nampak bagaimana keadaan hati kita, semudah itu kah untuk kita mengatakan hati kita bersih?

Membuat maksiat terang-terangan. Mendedahkan sana-sini. Mencela sesuka hati.

Adakah sesuai untuk menuturkan,

'Allah tak pandang la keje apa pun yang aku buat, asalkan hati baik, cukup'.

Bukan kah segala tindakan yang kita zahirkan itu refleks hati kita bagaimana?

wallahua'lam.

Ya, namun paling penting sekali adalah penghakiman Allah terhadap diri kita.

Biarlah kita dipandang hina di dunia, asalkan terindah di mata Allah.

Biarlah buruk di pandangan manusia, asalkan cun di mata Allah. :)

Harus juga diingat, menjadi special di sisi Allah itu tidak mudah. Mukhlisin insyaAllah!

My honour is my life. Both grow in one.

Take honour from me, and my life is done.

-william shakespear-

Sebaik-baik manusia adalah yang bermanfaat untuk orang lain. Ayuh!

Sekadar memperingati untuk diri sendiri dan sahabt2..

Moga Perkongsian ini mndapat manfaat dan diredhai ALLAH swt, Amin.

Wallahua'lam..

~~>Dicopas dari Sahabat FB..^

Thursday, September 8, 2011

baik..gaduh....gaduh...baik..... :-(

penat rasenye hati aku ni kalau mcm ni sentiasa.... baik seminggu.., seminggu lagi gaduh... kalau baik sebulan..., sebulan lepas tu je ade je la ape2 yang berlaku...

bukan baru2 ni jer... tapi dah 6tahun mcm ni... naik penat aku dgn hubungan yang mcm ni.. nak kate tak sayang.., sayang la jugak kot... nak kate benci.., tapi rindu-rinduan... hehehe.. tapi masalahnye gaduh tak habis2 tu yang tak tahan..

kadang2 aku rase mcm aku ngan dia mmg xde jodoh.. untuk ape bersame kalau tak mampu untuk hidup aman harmoni??? untuk ape jugak bersama andai sorang di utara dan sorang di selatan?? dan untuk ape jugak masih kekal bersama andai dihati masing2 mula rasa sangsi...?? paling teruk.. untuk ape masih kekal setia andai hati masing2 mula tertarik pada yang lain???

sungguh!! aku takde jawapan untuk semua tu...,

semua aku serahkan pada Allah jer... andai kami masih ade harapan.., kekalkanlah n harmonikanlah hubungan kami..., tapi andai kami tak mungkin bersama.., redhakanlah hati kami menerimanya walaupun sukar...(mau xsukar.., bukan 6bulan.., tp 6tahun)...

hanya padaMu kami memohon....~

Sunday, August 7, 2011

Bila Terasa Rindu...~

aku sebenarnye takde ape nak dicoretkan kat sini..., tapi bila terjadinya kejadian tadi.., aku rase mcm nak meluahkan rasa tapi mcm biasa la.., tmpat luahan hati aku hanyalah kt alam maya mahupun diari... so, aku pilih untuk meluahkannya kat sini..

tadi aku g amik kete kat bengkel yang dah 3hari terbengkalai kat situ... smpai kluang.., aku amik teksi ke bengkel tu... masa mula2 aku tengok pakcik driver teksi tu.., rasa biasa jer.., tapi bila aku duduk kt seat belakang n aku pandang dia dr belakang n dr cermin.., tiba2 aje air mata aku bergenang... sungguh!! takpa dipaksa..! dia nampak macam arwah abah!!! lebih2 lagi bila dia bercakap..

masa tu la yang aku tahu.., aku rindukan arwah abah..!!!! abah pergi sebelum tengok aku n adik2 berjaya.. sebelum aku dapat bagi dia tengok ijazah aku... mmg sedih.., tapi aku sedar,, semua tu ketentuan tuhan.., sape kita untuk menghalang...

air mata aku dengan sendirinya akan mengalir laju bila cita pasal abah..! tak nafikan.., aku mmg rapat n manje ngan arwah.. tapi aku akan jadi lebih sedih bila teringatkan kematian dia n pengorbanan dia disaat hujung nyawa dia... tak sanggup rasanya aku nak ceritakan kat sini apa yang berlaku saat tu.. hanya tuhan yang tahu apa yang aku rasa...

aku harap abah tenang di sana... insyaallah.., selagi ada hayat aku.., takkan sekali aku lupa sedekahkan fatihah untuk abah.. tu janji aku.. cuma itu aje yang aku dapat berikan untuk dia...

wah!!! time taip ni pun air mate aku tak henti2 mengalir lagi ni... adush!!!

aku sayang ABAH..., mungkin dah lampat untuk aku luahkan saat dia hidup tapi inilah apa yang aku rasa..., aku rindukan dia saat ni...!

chenta_hatiey...

Wednesday, July 6, 2011

jAtuH CiNtA DgN LiRiK LaGu Nih~

aku ni rasenye bukan jenis pompuan yang jiwang tahap terlampau. aku jenis biasa-biasa punye jiwang je kot... heheheh.., agaknye la.. kekadang je datang angin jiwang sepoi2 bahasa tapi bahasanya tu aku tak berape nak paham ler.. wakakakaka.....

serius cakap..., first time aku dengar lagu ni aku dah terjatuh cinta dengan lirik dan bait kata-kata dia... indah!!! sangat indah bagi aku.

mula2 aku dengar masa ter...tengok konsert AF9.. si minah dari sabah yang nyanyi lagu ni... aku bukan amik port pn ngan konsert tu coz mase tu aku sebok ngadap laptop...tgh wat thesis rasenyer.. tapi once minah tu nyanyi lagu ni..., terus terhenti jap tangan aku wat keje... macam terikat ngan lirik2 dia yang menusuk qalbu... wah!!! tetibe ayat aku mcm hampeh je kan... hehehehe :-)

kadang2 bila pikir macam pernah merasai dan sedang merasai bende ni.... hahahah.. wah!!! pengakuan berani mati ni... heheheeh..., xde ler.., saje ni kan..., aku kan suke bagi ayat2 bikin gempak....~

nah..., korang cube bace ayat2 kat bawah ni... sure.., mesti korang rase ayat2ni dekat nagn diri korang... kalau korang citer pasal cinta Allah sure lain ler rasanya.. jauh lebih INDAH dari cinta sesama manusia.., xde sape dapat sangkal semua tu.. tapi bagi rase cinta sesama insan.., ayat2 dr lirik lagu ni maybe kene ngan jiwa sesetengah dari korang....~


Pernahkah engkau hargai cintaku yang sejati
Pernahkah engkau mengertikan diriku ini
Betapa hebatnya cintamu, memberiku sejuta pilu
Betapa agungnya asmaramu, membuatku terpaku

Disisimu ku terdiam seribu bahasa
Dihatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan ku cinta padamu

Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku
Mungkinkah hatiku milikmu jua
Ku sayang padamu

Kan ku abadikan dikau
Sewaktu kenangan yang manis
Yang tak mungkin aku lupa
Untuk selamanya

Kanku coretkan kenanganmu
Dalam sanubariku ini
Agar jadi yang terindah
Di dalam hidupku ini

Disisimu ku terdiam seribu bahasa
Dihatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan ku cinta padamu

Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku
Mungkinkah hatiku milikmu jua
Sayang padamu

Bagai bahtera dilanda badai
Gelora cinta mengoncang jiwaku
Berombak mencari daratan yang damai
Oh Cintaku

Disisimu ku terdiam seribu bahasa
Dihatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan cinta padamu

Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku ini
Mungkinkah hatiku milikmu jua
Sayang padamu

Kanku coretkan kenangananmu
Dalam sanubariku ini
Agar jadi yang terindah
Di dalam hidupku ini

amacam???.... mesti ade yang tetibe je teringat kat somebody bila bace lirik lagu ni kan... jangan tipu la.., tepuk dada tanye hati...


chenta_hatiey

Thursday, May 19, 2011

sakit tekak / xleh bercakap!!!!

seksa....!! mmg seksa bila kite tak mampu berkata-kata kan... rase mcm serba tak kene.. sebijik mcm org bisu..

ari ni dah 6hari mulut aku tak mampu mengeluarkan sebarang suara.. kalau ade pn sukar untuk difahami.. ubat?? klinik??? ntah mcm2 ubat dh aku telan.., tapi belum ade hasilnye lagi.. the lates one klinik dr noorizwan kat rompin. semalam petang aku balik kampung jugak... asalnye malas sebab kononnye aku mampu berdikasi sengsorang kat sini.. tapi hampeh!! balik jugak.. gara2 terbaca komen abg yazin kat status aku yg suruh aku balik kg jumpe mak.. akhirnye tergoda jugak aku untuk balik..

sebenarnye ari ahad lepas dh g klinik jamaliah. dapat mc utk ari isnin.. tp disebabkan isnin tu hari guru n ade xtvt yg best.., aku dengan sengaje xmau mc tu.. lgpun dr kate aku ok cume dia tak bagi aku bersuara sbb takut kotak suara aku rosak n lambat baik...so bila difikirkan majlis tu xde kene bercakap ke ape ker.., tu yg nak joint.. lgpun setahun sekali jer..

doktor tu kate 3hari lagi aku dh leh bercakap. bila dh masuh hari ketiga n suara aku xkuar jugak.., aku mula cuak.. mahunye tak cuak.. takut la.. bukan takat xkuar suara.., tapi tekak aku sakit teramat sangat akibat batuk yg berhenti2... so.., rabu aku g la klinik paloh mintak mc... tp tu klinik paling hampeh yang pernah aku pergi sepanjang 29tahun aku idup kot.. ape taknye.., mase nk daftar.., mamat kat kaunter tu leh wat bodo.., dia syok main fb.. xke geram aku tengok!! tu satu hal.., bila masuk bilik doktor.., mmg la doktornye takde.., yg ade cume MA dia.. xde hal la tu..., tapi masalahnye yang cek aku tu bukan dia.., dia blh suruh nurse dia yg cek.. dia ntah wat ape ntah aku pn xtau.., xde nampak cam bizi pun.. pastu nurse leh cakap.. "en md nor (kalau xsilap name tu la yg nurse tu panggil).., dia takde suara saya bg ubat ............ ek?".. then mamat tu jawab ok!! bengong tak!!

makan ubat dia pas balik tu pun same jerk..sakit semula tekak... lastly tak tahan balik umah mak n g klinik dr noor izuan jugak.. bukan ape selalunye agak serasi dengan dr ni... dah la ensem dr tuh... hahahahahaah... tp alhamdulillah la.., bila makan ubat dia aku tak sakit tekak macam makan ubat dr 2klinik yg lepas2..

pagi2 td aku ajak mak g berurut lak.. 1st time dalam idup aku g urut satu badan.. tergeliat2 badan aku menahan geli.. dah la aku ni jenis tak tahan badan kene sentuh.., inikan pulak kene urut.. mmg mcm ikan keli dah bdn aku tadi..segan lak ngan makcik tu tadi... hehehe.. g berurut ni pn sbb badan aku sakit sgt2.. setiap kali batuk.., rase mcm satu badan sakit.. tu yg kene g jugak ape2 pun.. makcik tukang urut ni kirenye mcm pandai ubat2 kampung sikit la.. dia kate badan aku terlalu panas suhunyer.. so.., dia ade la bg air tangkal kot yg katenye utk mengurangkan panas dalam badann aku... aku amik je la kan.., dh org bg.. lagipun sepanjang dia mengurut aku.., mmg aku dengar dgn jelas bacaan ayat2 quran n zikir dari mulut dia.. kalau mcm tu xde la aku rsau.., tp kalau yg bc jampi serapah.., tobat aku xminum airnye...

seriusly..., aku xleh dok umah lame2 time2 sakit mcm ni...rasenye makin bertambah sakit aku jadinyer.. bukan ape!! mmg best giler.., ade yg melayan.., tapi aku xberapa suke kalau terlalu dimanjakan masa sakit..., nanti sakit aku jd mengade2 pulak.... ( sakit ek mengade2.., bukannye aku) heheeh..

so.., ptg tadi aku dh balik sini semula.., cukup la semalam aje kat umah mak.. tu dah bersyukur sangat.. lagipun aku tgk mak aku yg jauh lebih risau ttg sakit aku berbanding aku sendiri.. tu la kasih sayang mak kan...~

ape2 pun...,jujur cakap aku takut sangat kalau suara ni xtimbut2.. nauzubillah...~ maybe ade baiknye coz kalau xleh bersuara xde la terjebak dgn mengumpat ke mengate ke ape2 ke kan.., tapi aku tetap manusia biasa yang ade rase takut dan berprasangka yang bukan2..

ya Allah..., Kau Maha Tahu dan Maha Kuasa atas segalanya.. dengan rahmatMu.., aku mohon.., sembuhkan lah aku seperti biasa.... Aminnnn...~

chenta_hatiey~

Monday, May 16, 2011

cikgu oh cikgu~

Cikgu Garang, Lembut, Lawak, Mesra, Penyeri, Tersayang dan Teragung

Cikgu garang : Garang-garang cikgu ini, kalau bukan sebab golongan cikgu sebegini, mungkin sifat degil sukar dilenturkan, membuatkan diri ini membentuk disiplin yang lebih dalam pembelajaran. Terima kasih cikgu yang garang, menjadikan anak muridnya sebagai pemenang.

Cikgu lembut : Lawan kepada cikgu garang, bukan bermaksud awww ~ ~ Tapi kelembutan mereka dalam memberikan yang terbaik meredakan ketegangan semasa menjalani proses pembelajaran. Terima kasih cikgu lembut, menjadikan anak muridnya sebagai lembut, aww, eh? Bukan, membentuk ketenangan dalam berjuang.

Cikgu lawak : Ini kompom antara feveret punya, sentiasa ada sahaja dalam menceriakan kehidupan anak muridnya. Tidak bosan dalam mempelajari sesuatu. Terima kasih cikgu lawak, menghilangkan segala kekalutan dalam mengenal ilmu.

Cikgu mesra : Kemesraan menjadikan dirinya disenangi. Tidak kisah melayan karenah anak muridnya, apatah lagi selalu menjawab pertanyaan agar diri ini lebih memahami. Terima kasih cikgu mesra, kerana memberi yang terbaik bagi menjadikan anak muridnya lebih memahami sesuatu.

Cikgu penyeri : Cikgu ini mendidik dengan emosinya, banyak memberi didikan dengan kasih sayang, supaya si pembimbing ni tak teralih haluan. Banyak mengajar ilmu perasaan dan ERT kepada pelajarnya. Cikgu ini adalah suami atau isteri.

Cikgu tersayang : Cikgu ini bukan sebarang cikgu, sebab mereka merupakan ibu bapa kita. Pendidik yang sentiasa bersama kita, mengajar berdasarkan asam garam hidup mereka. Sebab itu wajib kita memuliakan ibu bapa kita sehingga ke akhir hayat mereka. Merekalah pendidik yang sentiasa di sisi kita. Terima kasih cikgu tersayang.

Cikgu teragung : Ini cikgu segala cikgu. Apa yang diajar adalah sesuatu yang tinggi nilainya dimataNya. Apa yang disuruh kita buat, apa yang dilarang jangan lakukan, mana perlakuannya kita ikuti, dialah baginda Rasulullah s.a.w. Sunnahnya kita jadikan panduan, kitabnya yang diwariskan adalah Al-Quran, selawat merupakan terima kasih kepada baginda.

Selamat Hari Guru 2011..........


tertanye2..., aku kategori yang mane nih????

-chenta_hatiey-

kejadian 16Mei 2011~

banyak bende yg nak distory tapi mcm xde mud jari jemari aku meneruskan taipannyer...~ tapi takpe.., kali ni aku masukkan gmbo2 yg happening jerk dulu.. satgi bila mud menulis kuar.., aku buat lain ek!!!































Saturday, May 7, 2011

Happy Mothers DAy....~

hari ni tanggal 8 mei... kalau tarikh ni sure la korang tau tarikh ape kan??? ape..??tarikh birthday aku??? bukan.., tarikh bitrhday makcik sebelah umah aku pn bukan... tp ari ni hari ibu...~

tibe2 rindu lak kat mak aku..., aku kat umah sewa.., mak aku kat umah dia la.., bukan aku xnak balik.., tp last week br je balik.., lgpun ari ni mak aku xde umah...dia g knduri kawen sepupu aku kat segamat...~ so.., kalau aku balik pn xbest gak ar kan..

kalau nak citer pasal mak aku kat sni.., ish..ish..ish..., 6 hari 6 malam pun xabis.. hehehe.. ape yg leh aku kate mak aku mmg best ar...., ye ar xkan nak kate mak aku tak best lak.., kalau bukan dia sorang yg best seantero dunia sape lg??? xkan la aku nk pinjam mak korang utk jdkan mak aku n lantik sbagai best over the best kot!!! hehehe:-)

xyah citer banyak..., ni la dia wajah ibu kesayangan aku..., lain bebenor ngan aku kan??? xpe ler.., yang penting mmg kompom inilah mak aku dunia akhirat...~




ONE AND ONLY MY LOVELY MUM!
PN KAMARIAH BINTI AB. RAHMAN

chenta_hatiey

Thursday, April 28, 2011

membuak2~

heppi sgt seh ari ni..., dh lame tak rase perasaan yang mcm ni.. amat enjoy kaw2.. ari ni kn ari jumaat..,so esok cuti.., ahad pn cuti.., lagi best isnin pun cuti coz 1mei jatuh pade hari ahad..kire qadak la ni... heheeh...

aku rase camni maybe sbb dh lame sgt tak balik kg kot.. dh sebulan tu aku tak balik.., maunye tak rindu rinduan.. heheeh...

tapi rasenye ade bnde lain lagi kot yg membuatkan aku tersenyum sentiasa ari ni.. ape dia???? xyah story la.., malu i... heheehehe... nanti2 la story ek..

agak ketara senyuman aku pg ni kot smpai si syasya lim tahun 4B leh tegur aku pg td: "senyum je cikgu.., gembira ker'??? hampir tak percaya budak dr kelas B leh tanye ayat camtu kat aku... kekekeek:-)

yg pasti.., aku tak sabar nk balik ni.., 5minit lagi nak masuk kelas.., pastu ape lagi.., aku cabut je ler...~

ade gak bnde yg leh ilangkan senyuman aku td.., tp aku malas nak pikir.. lantak engkau ler labu~

chenta_hatiey~

Monday, April 25, 2011

aku jugak ke yg salahnyer???

tak seronok la keje mcm ni...., ade je yg nak masam2 muka la.., buat mulut ala2 cencurut la.., ketat2kan muka la..., aku tak paham ntah ape la salah n silap aku kat depa...

kalau kakak yang du org tu aku xde kesah la.., mmg dulu.., kini dan selamanya dia muncung ngan aku.. bukan ngan aku sorang.., tp ngan semua orang dia gitu.. dah lali dah aku.. kalau dia senyum kat kitaorg mcm ade something wrong la pulak kan... hehehehehehe... betul...!! realiti.., kitaorg pelik kalau tiba2 dia leh senyum ngan kami...

tapi kalau sahabat yang sorang ni muncung ngan aku.., sungguh aku tak paham... ntah ape salah aku ngan dia ntah.., nak kate aku buat sakitkan hati dia.., bila mase?? untuk ape?? kat mane?? puas aku pikir.., tp aku tak dapat jawapan untuk tu...

bila difikir2 mungkin sbb aku tanye dia soalan hari rabu lepas kalau xsilap aku!! tapi takkan tanye je nak sakit hati or marah kot.. aku tanyer.., bukan tuduh.., pelik la aku.. takkan setakat bertanya soalan boleh sentap.. .. bertaman betul hati dia kalau mcm tu....

serius beb.., aku jadi penat berfikir ape salah aku.., nak tanye.., xdenyer la.., aku bukan org yang mcm tu... argh.., lantak la.., maybe dia ade masalah kat umah ker.., ngan kawan2 dia ker or ape2 je la yg boleh buat dia tarik muka 60 tingkat tu...

lantak, lantak la jugak.., tapi tak best la kan.., sesama kawan2 pn nak tarik2 muka.., nampak sgt dia mmg tarik muka ngan aku tadi... bukan aku tak paham.., cuma buat2 tak paham...

whatever lah labu!!!!...... leceh betul.., aku yg kononnye manje2 ni pun xde la nk sentp2 selalu kan.., sesekali tu normal la...

argh..., penat la aku nak pikir...~ baik aku setelkan keje2 aku je la.., pikir asal org pn..., asiap keje2 aku....

cheta_hatiey~

Sunday, April 24, 2011

♥•♥•♥ MENCINTAI DALAM DIAM ♥•♥•♥

aku tak rase aku seorang yang terlalu jiwang..., cume kadang2 tu adat la kot... nukilan yang aku masukkan kali ni aku ambil dengan izin seorang sahabat di facebook sbb aku rase ayat2 dia amat membekas dihati terutamanya untuk mereka yang bergelar wanita...~

moh kite sesame hayati kata2 ni yer...:

♥♫•¸.•´¯`•.♥¸•´¯`•.♥•´¯`•.♥•♪♫♥¸•´¯`•.♥•´¯`•.♥•♪♫♥

Sahabat,Saat ku jatuh cinta..

Tak akan ku berucap..

Tak akan ku berkata..

Namun ku hanya akan diam..

Saat ku mencintai, takkan pernah ku menyatakan.

Tak akan ku luahkan..

Yang ku lakukan hanyalah diam..

Sahabatku,saat kau mencintai seseorang,

Maka cintailah ia dalam hening.

Dalam diam..

Tak perlu kau lari, tak perlu kau hindari.

Namun juga, jangan kau sikapi dgn berlebihan.

Jangan kau leraikan rasamu itu.

Dan,percayalah pada Takdir..

Allah telah mengatur apa yang terbaik untuk kita..

Jadi, apa yang kau risaukan?

Biarkan Allah yg mengaturnya,

Dan yakinlah di tangan-Nya semua akan baik-baik saja..

Cubalah renungkan...

Dia yang kau cinta, belum tentu atau mungkin tak akan pernah menjadi milikmu..

Dia yang kau puja, yang kau ingat saat siang dan yang kau tangisi ketika malam,

Akankah dia yang telah Allah takdirkan denganmu?

Sahabatku ,kita tak tahu dan tak akan pernah tahu..

Hingga saatnya tiba..

Maka, ku ingatkan padamu, tidakkah kau malu jika smua rasa telah kau luahkan...

Namun ternyata kelak bukan kau yg dia pilih untuk mendampingi hidupnya?

Dan sedarilah duhai sahabat, fitrah kita wanita adalah pemalu,

Dan kita indah karena sifat malu yang ada pada diri kita..

Lalu, masihkah kau tampak menawan jika rasa malu itu telah di nafikan?

Masihkah kau tampak bijak jika malu itu telah kau singkap..

Duhai gadis, jadikan malu sebagai pendindingmu..

Maka tawan hatimu sendiri dalam sangkar keimanan..

Dalam jeruji kesetiaan..

Maka cintailah dlm hening.

Agar jika memang bukan dia yg ditakdirkan untukmu,

Maka cukuplah Allah dan kau yg tahu segala rasamu..

Agar kesucianmu tetap terjaga..

Agar keanggunanmu tetap terbias..

Sahabat... yg kau perlukan hanya waktu, sabar dan percaya..

Maka, peganglah kendali hatimu,

Lalu..Arahkan pdNya..

Dan cintailah dalam diam..

Dalam hening..

Itu jauh lebih indah..

Jauh lebih suci..InsyaAllah

Ameen ya Rabbal Alamin..

♥♫•¸.•´¯`•.♥¸•´¯`•.♥•´¯`•.♥•♪♫♥¸•´¯`•.♥•´¯`•.♥•♪♫♥


amacam??? membekas dihati tak?? kalau ade alhamdulillah.., tapi kalau takde.., erm..,entah la.. maybe tak cukup umur lagi la tu kot.. hahahaha:-)

anyway..., fikir-fikirkan dan selamat beramal....~

chenta_hatiey~

Saturday, April 23, 2011

Dari Mana Datangnya Cinta?????


KEAJAIBAN kalimah CINTA dalam kehidupan manusia. Kalimah yang mampu menghidupkan jiwa, juga kalimah yang mampu mematikan hati. Kalimah yang memandu manusia mengenal diri lalu melangkah pasti mencari redha Ilahi, juga kalimah yang melempar manusia jauh ke lembah penuh kehinaan lalu mengharungi lautan dosa dan nista.


Cinta itu mensucikan akal, mengenyahkan kekhuatiran, memunculkan keberanian, mendorong berpenampilan rapi, membangkitkan selera makan, menjaga akhlak mulia, membangkitkan semangat, mengenakan wewangian, memperhatikan pergaulan yang baik, serta menjaga adab dan kepribadian. Tapi cinta juga merupakan ujian bagi orang-orang yang soleh dan cubaan bagi ahli ibadah, Imam Ibnu Qayyim al-Jauziyah dalam bukunya Raudah Al-Muhibbin wa Nuzhah Al-Musytaqin memberikan penghayatan mengenai pengaruh cinta dalam kehidupan seseorang.

Saya amat bersetuju untuk mengatakan bahawa cinta itu sebahagian dari nadi kehidupan, juga tanda bahawa kita masih memiliki hati dan perasaan. Terlalu mustahil untuk kita menanggalkan rasa cinta dari hati kita. Bahkan inilah fitrah insani, tanpa perasaan cinta kita tidak akan mampu menjadi insan hakiki.


Islam tidak pernah menghalang untuk cinta bersemi dijiwa-jiwa kita apatah lagi untuk cinta itu mewarnai helaan nafas kita dengan harapan dan perjuangan. Cinta adalah sesuatu yang menghidupkan jiwa, membangunkan cita serta mengobarkan semangat perjuangan ketika manusia berdepan dengan rimba takut dan hampa, ketika awan keraguan menutup pandangan dan harapan serta ketika jiwa-jiwa terasa kerdil dan hina memandang kehidupan. Cinta adalah cahaya ketika jiwa kegelapan dan suram, pembimbing ketika hati lalai dan leka serta penawar ketika luka-luka kehidupan menjaluri hati dan perasaan.

Islam tidak pernah memandang cinta dengan pandangan hina dan jelek tetapi manusia dengan segala kejahilan dan kerakusannya telah mencemari kesucian cinta dengan penuh ketergesaan dan sombong. Kejahilan telah menjadikan cinta sebagai sembahan dan ilah (tuhan) baru bagi manusia-manusia yang memburu syurga dunia. Ketergesaan dan kecetekan fikiran telah memperdayakan manusia dengan bisikan kebahagiaan penuh kepuraan. Lalu manusia tersungkur hina dipentas dunia sementara setelah tergadainya segala kemuliaan dan harga diri.

Islam tidak pernah mengancam dosa dan siksa bagi pemilik-pemilik cinta namun dengan kebijaksanaannya syaitan telah menaburi bunga-bunga cinta untuk menghiasi jalan ke Neraka. Lalu kita mengorak langkah meninggalkan keredhaan dan syurga Allah SWT.

Cinta memiliki kekuatan yang luar biasa. Benarlah kalau cinta memerlukan persiapan dan aturan. Tidak lain dan tidak bukan, agar cinta itu tidak berubah menjadi cinta yang membabi buta yang dapat menjerumuskan manusia pada kehidupan kebinatangan dan penuh kenistaan. Bila cinta dijaga kesuciannya, manusia akan selamat. Para pasangan yang saling mencintai tidak hanya akan dapat bertemu dengan kekasih yang dapat memupus kerinduan, tapi juga mendapatkan ketenangan, kasih sayang, cinta, dan keredhaan dari dzat yang menciptakan cinta yaitu Allah SWT. Di negeri yang fana ini atau di negeri yang abadi nanti.

Bahkan Islam mengajar kita bahawa cinta itu ada Pemiliknya. Asalkan kita mengenal pemilik hati dan cinta kita maka kita akan hidup mulia. Cinta keluarga, wanita, dunia dan sebagainya adalah sarana atau wasilah untuk kita mencari cintaNya. Kita cintakan segalanya demi cinta kita kepadaNya. Kita menjadi suami atau isteri yang baik demi mencari redhanya lalu kita membangunkan rumahtangga kita dengan penuh kemuliaan dan menjaga panduan dan laranganNya. Bahkan kita melihat anugerah kehidupan inipun sebagai bukti cintaNya lalu kita tersungkur sujud sambil melagukan kesyukuran tak berpenghujung.

Keimanan yang benar menjadikan perjalanan kehidupan seperti sebuah kisah cinta; kesetiaan dan pengorbanan menukarkan ujian pahit menjadi kenangan manis, kesabaran menjadikan segala beban yang ditanggung menjadi ringan, keyakinan pada janji-janji Allah menjadikan jiwa tenang ketika perjalanan begitu sukar, kerinduan padaNya menjadi pembakar semangat setiap kali berdepan dengan kegagalan.

Wallahu'alam................

Friday, April 22, 2011

berubah hatiey?

no komen la...., camne ni...??? aku rase hati aku dh berubah betul2 la ni... aku bukan sengaja nak tipu dia ker, main2kan dia ker..., tapi aku xsedar pun semua tu terjadi...

mcm mane semua ni boleh berlaku ni....??, xde jawapan untuk semua tu..nak cakap pn tak tau...

malas la nk pikir..., biarlah masa dan keadaan menentukan!!!








chenta_hatiey~

Thursday, April 21, 2011

cencurut...~

cencurut tu ape???? sejenis binatang kan?? camne rupe dia aku sndiri pn xsure.. tp org kate muncungnye panjang.... so.., aku ambik name tu untuk diletakkan kat seseorang.. boley tak camtu????? heheheh...

sape.., toksah nak citer la.. xpenting pun!!!

ape yg korang rase kalau disekeliling korang ade spesis2 manusia yang mcm cencurut ni??? mesti bengang kan... kite senyum dia muncung..,kita muncung dia lagi la muncung sedepa.. senang cakap 26jam sehari, 9hari seminggu, 34 hari sebulan, 15bulan setahun dia memuncungkan diri...seolah2 tiada hari tanpa mulut cencurut padanya....

mesti tension kan mcm tu..... hidup ni bagi aku ada pasang surutnya.. kadang2 kita happy.., kadang2 kitan sedih... tu semua normal.. semua org senyum saat gembira dan ramai yang akan bermuram durja saat sedih... itu lumrah alam.., takkan ade siapa yang akan pertikaikan andai kite bertindak sedemikian rupa...

namun berbeza andai.., tiada sedikit senyuman diwajah kita sekalipun disaat ade joke2 yang mmg mampu menghasilkan hilai tawa buat setiap insan.. bagi aku.., andai itu terjadi.., mmg tak normal lakan..

aku akui..., aku mmg aku moody orangnye..., selalu masam andai berlaku sesuatu yang boleh bisa menggugat ketenangan hati aku... tapi bukan selalu dan tak lama... rajuk aku mmg tak lame.., lepas sejam dua insyaallah kembali normal mcm biasa... mungkin ada la saatnye aku berkeadaan mcm tu makan 2-3 hari..., tapi itu kalau kes serius sangat.. tapin rasenyer susahkan aku nk mcm tu lame2..., rimas la...

kan seronok andai kita dapat bekerja sepasukan dengan aman, damai..., tanpa sengketa. tanpa ada rasa tak puas hati antara satu sama lain dan paling penting.., diiringi dengan SENYUMAN... sebab senyuman tu ubat bagi kesakitan...

cumanya aku tak dapat nafikan.., satu sifat buruk aku..., aku tak mampu nak senyum pada individu yang sentiasa memasamkan muka kat aku.. aku rasa mcm bodoh kalau buat mcm tu... aku senyum kat dia..., tp dia buat bodo dia jerk... kan ker termalu sendiri nanti...

hayati lagu ni yerk::::

Senyum senyum senyum
Senyum senyum….

Verse

Kacak luar
Kacak dalam
Kacak dengar sini
Kalau saya senyum
Awak mesti senyum sekali
Kalau kita senyum
Semua orang berjangkit
Bila semua orang senyum
Dunia tiada penyakit

Chorus

Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
tak perlu kata apa-apa

Akhirnya sempurna tiga album pertama
Bunyi macam koleksi hits terbaik orang lama
Dah ku kata ku takkan henti sampai tua bangka
Kalau habis abjad aku rap dengan angka
Satu dua tiga anugerah diterima
Oh itu tahun lepas tahun ini cuma dua
Tersenyum tiap kali kalah dengan Nurhaliza
Ditertawakan oleh anakku Inca Medina

Oh Inca Medina orang secantik nama
Cantik luar cantik dalam cantik macam mama
Hati macam grandmanya anginnya macam papa
Kalau dah merajuk nampak muncung sampai sana
Sebelum jadi drama dah tahu nak buat apa
Nyanyi balik lagu ayat lama ayat mama
Wanita hari ini jaga sensitiviti
Kalau buah hati merajuk boleh cuba ayat ini

Ay cantik luar cantik dalam cantik dengar sini
Kalau cantik senyum cantik mesti cantik lagi
Senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipit
Kalau tak ada pun aku masih mahu cubit

Ulang Verse
Ulang Chorus

Ay buai tinggi-tinggi sampai ke puncak awan
Dengan kumulus dan nimbus aku berkawan
Aku bukan rupawan aku bukan jutawan
Tapi aku punya satu senyuman yang menawan

Baru mukadimah nampak macam sudah tertawan
Dengar kata hati perasaan jangan dilawan
Kalau takut mula-mula kita boleh berkawan
Duduk dulu biar ku belanja kopi secawan
Apa rasa sentiasa jadi bahan perhatian
Apa rasa jadi cantik kacuk cina pakistan
Apa rasa jadi seksi suka tak diperhatikan
Apa rasanya terima bertubi-tubi puji-pujian

Tu boleh pun senyum cantiknya gigi
Sepuluh markah penuh seharusnya ku beri
Wanita hari ini harus pepandai puji
Kalau dia jual mahal boleh cuba lagu ini

Ay cantik luar cantik dalam cantik dengar sini
Kalau cantik senyum cantik mesti cantik lagi
Senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipit
Kalau tak ada pun aku masih mahu cubit

wah..., panjangnyer lagu ni.... aku harap aku tergolong dalam golongan mereka yang murah senyuman..., walaupun aku xmampu nak buang moody aku...

chenta_hatiey~

Tuesday, April 19, 2011

bengang or bangang??

dari tajuk dah tau aku marah kan..., br je td aku post something kat blog ni.., skrg post lagi yg baru.. bukan takde keje or terlebih rajin..., tapi nak lepaskan geram!!! biasa la..,blog ni kan tmpat aku lepaskan rasa..(cume xleh lebih2 takut ade yg xsepatutnye bace,terbace lak)... heheeh:-)

aku sakit jiwe tol ngan satu number hp ni... ntah sape la dia ni.., aku search name dia kat fb.., dia mcm suami erna.., bila aku tanye dia tak ngaku n kate dia tak kenal pn sape erna tu.. tapi ntah la..

mula2 sms ok jer.., ayat baik2 n islamic la sgt kan..., plus, ngade2 lak tu.., kalau tak reply mula la bg sms ala2 merajuk poyo2. aku kalau takat kawan2 bersms yang baik2 aku sikit pn xde hal..., ape nk de hal kan..., org mendoakan kesejahteraan kite dlm sms.., takkan la nak marah...

tapi makin lama.., makin aku rase dia mmg bkn suami erna.., dia org yg aku kenal n dia mmg kenal aku.. dr cara dia cakap (sms) mmg nampak sgt dia kenal aku.. kalau tak.., takkan la dia boleh tau karekter aku camne.., tak masuk akal la org yg xpernah jumpe aku leh tau kan...

aku ingat dia ni "mr.z"aku dulu.., sbb kalau dia.., sure la dia tau segalanye tentang aku.. mmg hampir yakin itu dia.., salah satu sbb lain no hp dia.., mr z ni kan suke no yg ala2 mcm tu.. no tepon lame dia mula ngan 404.., pstu dia beli lak no 505.., no hp yg selalu sms n tazkirah aku ni lak 303..., tapi....,bila pikir balik.., ape kejadah lak dia nk beli no KL.., dia kat utara.. lagipun kitaorg kan dah "berbaik" semula la kononnye....berbaik dalam erti kate no more gaduh2 la...

tapi baru ni tadi..., aku mula rase bukan dia pulak..,tapi org yg ade disekeliling aku kat sekolah.. sape ntah.. bodo tol la.., satu sekolah pn leh nak main2 ngan aku.. kan sia2 kene bodo mlm2 bute ni... aku kate satu skolah sbb dia bg ayat ni kat aku 10minit lepas : "kat sekolah awak mmg brutal". kalau dah ayat yang cenggini tak ke maknenye dia dok depat mate aku hari2..,sbb mmg tiap2 hari aku ade kat skolah.. so, ape masalahnye??

kalau agak2 tak puas hati ngan perangai aku yg agak brutal..., ckp la terus terang..,takyah nak abiskan kreadit segala bagai mcm tu.. face to face kan sng... ckap je camni: "rozzy.., boleh tak awak berpewatakan lembut sikit.., jgn la brutal2 sangat"... smpai ayat ni pn aku nak kene ajar ker... kan ke bANgANg tuh...!!!!

kalau aku dapat sape tuan punyer number ni..., mmg la..~

tapi aku terpikir sendiri la.., ape.,ganas n brutal sangat ke aku ni??? aku tak rase aku terlalu kasar walau mungkin hakikatnye mcm tu.. terpulang la pada yang menilai.., mcm aku pernah cakap.., cume yang betul2 kenal aku jer tau mcm mane sifat aku!!!! mungkin silap aku jugak.., sbb bina sikap kasar dalam diri aku utk menutup "manje" yang pernah org label kat aku.. lame2 sikap tu jd sebati ngan aku.., tapi aku sikit pn tak menyesal sbb aku suke dgn diri aku sekarang...

so.., sape awak yg nk judge saye...??? dah la pengecut!! cakap face to face tak berani.., sengal tol....

ape2 pun..., ADE AKU KISAH.....! kalau nak nasihatkan saye silakan.., saya akan berlapang dada dan cube menerima nasihat.., tapi kalau nak kutuk saye.., terima kasih banyak2 la ye KAWAN!!!

chenta_hatiey~

pksr oh pksr... :-(

penat kaw2 bandan aku rasenye ari ni...,dari pagi bawak ke petang..! pergh xleh diucap ngan kate2 lah...~

pagi2 td dh la bangun terkejut.., bak kate "sahabat" aku dulu2.., org bgn solat tahajjud.., tp awak bgn solat terkejut.. hehehe..~ tu la.., kunci jam mcm biasa la.., tp bila ade peel "lagi 5minit la"..., mmg sure bawak padah...!!! tau2 terjaga kol 6.30... maunye tak haru biru pagi aku.., nasib baik bj dh iron n xyah solat.., kalau tak.., tmbah kalut aku..~

kat skolah lak..., masuk je bilik terpandangkan ntah ape kejadah bnde2 yg berkaitan ngan pksr.. adoi.., pusing sat aku.. nak buat time pagi sblm start kelas, mcm tak sempat.., lgpun tak suke la buat sikit2 pastu kene tinggal lak coz nk masuk kelas.. rimas buat keje yg mcm tu. kalau nk buat biar smpai siap...

so..,disebabkan kelas terakhir aku tamat kol 1.05ptg.., so mase tu la baru aku mula siapkan serba sedikit.., kononnyer nk terus smpai ptg.., tp xsanggup la nk pakai bj yg same.. melekit rasenyer.. aku balik dr skolah td org lain dah balik dah kecuali 2 kakak2 tuh.., dalam kol2.30 la kot..

kol3 datang balik semula..., siapkan semua soalan2 n fail2 pksr.. erm.., salah aku jugak sebenarnye coz suke wat keje lambat2.., tapi..., sebenarnye bukan sengaje.., tapi aku TAK PAHAM!!!!... tanye kawan2 pn depa tak paham jugak...

mau tak berpinau mato den mengadap bnde2 tu... dah la semua kelas. kelas ade 9. pastu pksr ni kene buat tiap2 tajuk..,means tiap2 bulan kene ade.. maunye tak pening dibuatnye.. yang soalan sedia ade ok la.., yg takde tu yg parah.. nak bina soalan lagi.. fail murid lagi aku nk kene pikir.. setiap murid perlu wujudkan fail pksr untuk depa.. kalau bebudak tu ade 200 orang..., maknenye 200 fail jugak la aku kene sediakan... pergh!!! masak beb!!!!! fail coklat budak yg aku mintak dr pejabat xsampai2 lagi lak tu... dh lebih 2minggu rasenye aku order... tu lagi satu perkara yang boleh bikin lembab ana punya kerja la...~

adoiyai... nasib seorang cikgu cenggini la yerk... bila la aku nak dapat partner buat keje2 ni ek??? tension la buat sorang2.. tapi kalau dapat partner biar la yang sekepala ngan aku.. jgn yang xblh masuk ngan aku or yang cume tau nak mengarah aku buat itu n ini jerk.. kalau gitu.., baik aku sengsorang dr ada partner yang menyakitkan jiwa raga..

sampai kol5.15 gak aku kat skolah tadi...!! biasanye aku balik sblm pekerja2 lain balik.., coz...aku ni penakut.., ngeri jerk lagi2 la kalau yg tinggalnye pak guard india tu.. mmg sure awal aku dah blah.., tp disebabkan taknak tangguh punye pasal.., aku kuatkan diri gak habiskan jugak..lgpun ape nak takut.., guard pompuan ari ni.. GB pn ade lagi time tuh...

aku beria2 sng buat fail ni bukan ape..., sekolah kwn2 aku yg area kahang dah dilawati jpn..., so aku cuak arr.. depa kene sound coz fail2 tu takdiwujudkan... kalau la jpn dtg skolah time tu..., sure terkujat la aku nk jawab coz mmg takde satu pn fail pksr dlm simpanan aku...!!!

tapi skrg kalau nk dtg pn..., aku tak kisah dah..., sumer dah ade..., dtg ler.., tp minggu depan la yerk.., coz markah2nye tak lengkap lg...,ujian br jer berjalan..,cmne nk markah.. hehehe:-)

sebut pasal pksr ade susuatu yang menarik berlaku malam tadi..., hehehe... ape dia???? jeng3......sat la.., nk p mandi sat..., pasni chek sambung na..!!!

i'm back!!!!!! dah wangi....! bau jhonsons baby milk bath lagi... hahahaha:-) ahah.., mlm td.., mcm biasa la.., taip2 mlm aku online.., xkira la smbil buat keje pn ym,fb n skype aku on....kecuali la mmg terlalu bizi n xnak diganggu!! tgh aku berpoye2 diinternet.., muncul le seseorang yang amat la aku kenali kat skype!!! dia ni member mase kat u dulu...

tapi mmg tak bertegur sape lepas terjadi sedikit konflik antara kami.. heheeh.., mmg kaw2 punye lame la.., lagi pun mcm tak berkepentingan sgt nk tegus coz kami tak sekelas.., ape lagi sekolej... kalau sekelas pn.., aku ngan geng2 aku yg portnye kat barisan depan sekali.., n dia ngan member2 dia n port depa belakang sekali... so..,mmmg tak rapat lar pastu.., pandang2 dr kejauhan je la.. (walaupun pernah sebilik mase kat matrik)...heheheh:-)

selepas hanpir 10tahun ( 6 tahun keje + 4 tahun campus )tak bertegus sape dgn ramah mesra teramat..., dia akhirnye add n menegur aku kat skype... aku cam biasa la.., layankan je la...

rupe2 nyer last2 dia bg ayat ni kat aku: ( ayie,blh tak bg saya soalan2 pksr??? saya tak tahu nak cari kat mane la..)

pergh.., patut la.., tapi aku dgn poyo n baik kononnye send jugak la email yg mengandungi soalan2 tu kat dia.., baik kan aku???? hahahahaha..masuk bakul angkat sendirik....!!!

lantak la.., ape yg ade kongsi2kan la...., betul tak??? tp walaupun aku berpendapat camtu ramai gak kengkawan2 yg kedekut..., bila mintak n tanye kate xde la.., xtau la.., padahal ade!! ape.., ingat aku xleh buat ker??? skrg ni aku tgh karang soalan2 tahun 4 n 6 sendirik la..., yg kedekut2 ngan aku.., sory la aku nk share.., tp kwn2 aku yg baik2 n blh share2 soalan ngan aku.., no hal.., aku leh bagi...~

penat ler nk pk pasal pksr nih...., esok masuk markah lak..., tp xsemua kelas yg dh siap ujian ....~

chayyok..chayyok...chayyok...ayie....

chenta_hatiey~

Sunday, April 17, 2011

bg yg bergelar MUSLIMAH~

sekadar berkongsi dan lebih kepada peringatan buat diri sendiri yang amat jahil. bukan mudah untuk membuat kebaikan dengan jujur dan ikhlas sebenarnya..

harap tergolong dalam golongan WANITA YANG MENJAGA AURATNYER...

KESILAPAN KERAP WANITA TENTANG AURAT:-

KESALAHAN PERTAMA : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.

KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi ber‘T-Shirt' berlengan pendek.

KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.

KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda'.

KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.

KESALAHAN KEENAM : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.

KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.

KESALAHAN KELAPAN : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.

Sebahagian wanita menyangka bahawa tutup aurat tu adalah tutup rambut sahaja. Ia adalah tidak tepat sama sekali. Asasnya adalah dari firman Allah SWT ertinya :

"Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan JANGANLAH KAMU MENDEDAHAKN AURAT DAN PERHIASAN KAMU KECUALI APA YANG TERZAHIR." (an-Nur: 31)

Asma’ binti Abu Bakar telah masuk ke tempat Rasulullah s.a.w berada sedangkan dia memakai pakaian nipis. Rasulullah s.a.w lalu berpaling daripada memandangnya sambil berkata, “Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haid) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya.” (Abu Dawud)

Ummu Salamah pernah bertanya Rasulullah s.a.w, "Apakah seorang wanita boleh menunaikan solat di dalam pakaian labuh dan tudungnya jika dia tidak mempunyai sarung?" Nabi s.a.w menjawab, “Asal pakaian labuh (jubah) itu sempurna dan menutupi zahir kedua kakinya.” (Abu Dawud)

Setiap perempuan Islam wajib menutup kepalanya dengan tudung dan bahagian dadanya termasuk juga leher dan kakinya, sehingga semua tempat-tempat yang boleh membawa fitnah tertutup dari perkara yang memungkinkan dilihat oleh orang-orang yang jahat hatinya.


chenta_hatiey~

rombongan cik kiah ke muar~

lawatan penanda aras...~ itu lah neme program yang terpaksa aku ikut semalam. lawatan ni di sk convent muar.. 4 orang wakil dari sekolah aku yg kene pergi.., yang pasti kami bertiga minah2 poyos ni manusia terakhir sampai.., so terpaksa la org lain menunggu kami kat dalam bas tuh.. hehehe:-) nasib arr..~

aku joint program ni boleh dikatakan "paksa rela" la... aku ade kelas sebenarnya. dah la kelas terakhir aku lak tu.. kelas spss.. aku sndiri pn xtau n tak paham ape tu spss..,tu yang aku rasa rugi kaw2 tahap gaban bila tak dapat g kelas minggu ni.. bukan nak tunjuk rajin.., tp aku biasa la.., belajar mmg ikut mood.. mud minggu ni mmg mud belajar.., tu yg rasa sangat kerugiannye bila terpaksa ponteng kelas..

tengah dok dgr ceramah n penerangan dr GB skolah convent tu.., hp berbunyi.. kakak yg paling baik ngan aku kalam kuliah call... dia kate hari ni kelas mcm biasa.., yg luar biasanya ari ni dapat sijil... sijil ape aku tak pasti coz aku dgr suara dia pn pelan2.., dah la org tgh bg talk.., xkan aku nk kuar lak..

bila dgr camtu.., lg la rasa rugi..tapi kakak tu mcm memahami jerk.., dia siap tolong amikkan sijil bagi pihak aku.., aku tak suruh pn.., tp dia yg nk tlg.. yg jd masalah nanti jadi keje lak aku ke rumah dia.. hehehe:-) xkisah la tu.., yang penting dia dah tolong aku..

cumanya.., terasa sangat la ruginye bila terpaksa ponteng kelas.. masa degree aku bukan jenis org yg ponteng kelas tanpa sebeb...xpernah la seingat aku aku ponteng sebab malas.... tp masa kat matrik aku ngaku.., aku pernah ponteng gara2 nak tengok episod akhir citer thailand "pangako sayo".. hahaha:-) tp tu la yang pertama dan terakhir.... hehehe..

ala.., xpe la.., bnde dah lepas.. asal lepas ni aku kene rajinkan diri membaca, cr info n tanye kat sape2 yang pandai ttg spss... insyaallah aku mampu faham... hope la yek...~

berbalik pada rombongan cik kiah ke sk convent tu...., pergh.., mmg kagum giler la ngan GB n cikgu2 kat situ.. sejujurnye.., aku xmampu nak bekerja mcm depa la... bila cerita jer pasal sekolah berprestasi tinggi.., bunyi macam best jer.., siap dapat ganjaran lagi kan.., tapi disebalik semua tu satu kepayahan yang amat sangat n satu pengorbanan masa, tenaga & wang ringgit amat diperlukan..

sampaikan aku terfikir..., kalau mcm ni punye susah.., aku tak nagjar kat skolah2 SBT sampai pencen pn aku tak kisah langsung... dalam masa yang sama bersyukur ditempatkan di mana aku ditempatkan sekarang..

bukan sebab mengelak kerja yang banyak.., tp aku sedar kemampuan diri.., sedangkan kerja kat tempat yang sekarang ni pn dah terasa bebannya.., macam mana agaknye kalau aku ditugaskan ke sekolah2 yang macam tu...

cuma satu la..., aku betuk2 respect kat Gb dia.., bukan calang2 org... mmg kagum dengan dia...

dah la citer..,ni aku letak sikit2 gmbo mase kat sane.., sikit dah la.., malas nak tunggu upload... hehehe..~



kehadiran kami disambut dengan persembahan coral speaking yang mantop seh!!! rupa2nye pastu GB dia kate persembahan td tu dari budak2 simpanan jerk.. kalau simpanan dah camtu.., yg betul punyer msti lg best..



fail2 yang dipertontonkan sebagai contoh untuk kami...



modul2 ni depa buat sendiri.., tiap2 kelas lain2... caya lah... aku sanggup ker??? kssr n pksr jerk...aku dah mengeluh kene buat... hehehe:-)



wakil dari SK Bandar Paloh bersama Puan Rohana, GB sk convent....



jom amik gmbar ramai2..buat kenangan...



inilah dia wajah Pn Rohana.., Gb SK Convent Muar



pamplet n pen sebagai tanda kenangan...



ayie n ayu...~ hehehe...~ ( turun bas terus amik gambar )



bersama pn farrah ellisa....baby dia dh ilang dah time ni...

chenta_hatiey~