CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
أهلا وسهلا

شكرا على زيارتكم

hadirnya tanpa kusedari menggamit kasih cinta bersemi..
hadir cinta insan padaku ini.., anugerah kurniaan ilahi..

Wednesday, September 14, 2011

❤●•٠·˙ RIJAL IDAMANKU..˙·٠•●❤


Rijal idamanku adalah seorang lelaki yang buta, bisu, bakhil dan papa...

Biarlah dia seorang yang buta…Buta kerana matanya sunyi dari melihat perkara-perkara maksiat dan lagha,Juga buta kerana kedua-dua matanya terpelihara dari memandang aurat wanita ajnabi…Asalkan kedua-dua matanya terang dalam memerhati keagungan ciptaan Allah,Asalkan dia celik dalam melihat kesengsaraan umat Islam di Palestin, Bosnia, Ambon dan seumpamanya.

Biarlah dia seorang yang bisu...Bisu dari pujuk rayu yang bisa menggoncang keimanan,Bisu dari mengungkapkan ungkapan yg bisa meracun fikiran,Juga bisu dari perkataan yang bisa mengundang kekufuran...Asalkan bibirnya sentiasa basah mengingati Tuhan,Asalkan lidahnya tidak pernah lekang dari membaca Al-Quran,Asalkan dia petah membangkang kemungkaran,dan asalkan dia lantang menyuarakan kebenaran.

Biarlah dia seorang yang bakhil...Bakhil dalam memberi senyuman kepada wanita yang bukan mahramnya,Bakhil dalam meluangkan masa untuk membuat temujanji dengan wanita ajnabi yang boleh dinikahinya,Juga bakhil untuk menghabiskan wang ringgitnya untuk seorang wanita yang tidak sepatutnya...Tetapi dia begitu pemurah meluangkan masanya untuk beribadah dengan Khaliqnya,Dia begitu pemurah untuk mempertahankan aqidahnya,Pemurah dalam memberikan nasihat dan teguran,Sehingga dia sanggup menggadaikan hartanya bahkan nyawanya demi melihat kalimah syahadah kembali megah di muka dunia!

Dan biarlah dia seorang yang papa...Papa dalam melakukan perkara maksiat,Papa dalam ilmu-ilmu yang tidak berfaedah dan tidak bermanfaat,Juga papa dalam memiliki akhlaq mazmumah...Tetapi dia cukup kaya dalam pelbagai ilmu pengetahuan yang berfaedah lagi bermanfaat,Dia begitu kaya memiliki ketinggian akhlaq dan budi pekerti yang mulia,Dia begitu kaya dengan sifat sabar dalam mengharungi kesengsaraan hidup,Dan dia seorang yang kaya dalam menanam impian untuk menjadi seorang syuhada yang syahid di jalan Allah!

Yang dicari bukanlah putera raja,tetapi seorang putera agama...Yang diimpi, biarlah tak punya rupa,asal sedap dipandang mata...Yang dinilai, bukan sempurna sifat jasmani,asalkan sihat rohani, sempurna hati...Yang diharap, bukan jihad pada semangat,asal perjuangannya ada matlamat...Yang datang, tak perlu rijal yang gemilang,kerana ku sedar diri ini hanyalah serikandi dengan silam yang kelam...Yang dinanti, bukan lamaran dengan permata,cukuplah akad dan janji setia...Dan yang akan terjadi,andai tak sama kehendak hati,tetap akan ku redha dengan ketetapan Ilahi…

No comments:

Post a Comment