Perempuan itu Mahal
Selalunya, Orang akan marah bila harga dirinya direndah-rendahkan, betul kan?
Wujud ke sebenarnya istilah perempuan murah dan perempuan mahal ni? hmmmm..
Kerapkali kita dengar wanita sering dianologikan sebagai barang yang MAHAL, contoh nya hanya cukup sekadar,
Beg Tangan.
Beg tangan yang murah, tidak begitu kemas jahitannya, tidak branded akan dilonggokkan sahaja di satu kawasan. Tapi, kadang-kadang design nya sangat menarik! Memang memikat lah.
Biasanya, kalau tengah jualan murah, orang ramai pasti akan menyerbu ke tempat beg-beg yang begitu. Duit sedikit sahaja yang dikeluarkan, puas lah jugak. Tapi, lumrah barang yang tidak ada kualiti, cepat rosak. Mungkin hanya dua tiga bulan sahaja dapat bergaya dengan beg itu, kemudian tukar baru.
Ala, murah je kan. Dah rosak beli lah baru. Bukannya rugi mana pun.
Lain pulak kisahnya dengan Beg tangan yang BERJENAMA, ekslusif akan diletak di sudut yang kemas, mungkin dirantai. Cuma orang-orang tertentu/terpilih sahaja yang boleh mendekati dan cuba membeli. Nak cuba-cuba sentuh pun belum tentu lagi sebab ada pengawal yang menjaga. Kadang-kadang juga, saya perhatikan design nya tidak lah cantik mana. Tapi, disebabkan branded, orang dah tak kesah. Asalkan kualiti nya terjamin. InsyaAllah, tak cepat rosak, kalau rosak pun, tak sampai hati nak buang. Benda mahal katakan.
Anologi yang begitu simple. Tapi mendalam maksud tersiratnya. Faham maksud saya? Mudah.
Pernah seorang sahabat berkata bgini kpda ana, "Mereka tidak sedar ‘mahal’ yang tersirat di sebalik kejadian wanita. Pada mereka, ‘mahal’ itu didapati apabila membuka dan menonjolkan segala indah susuk tubuh. Walhal, mahalnya didapati dalam diri seorang perempuan apabila tubuhnya dijaga, tiada tangan2 kasar yang memetik kelopak indah mereka. Mahalnya wanita ditemui dalam keindahan yang disimpan rapi-tak semua bisa menyentuhnya! Tapi mereka buta kerana dunia, buta dengan ganjaran syurga dan celik untuk harta yang fana."
Selepas kita menilai, cuma diri kita yang boleh decide adakah kita mahu menghakimi atau tidak.
Boleh saja nilaian itu tinggal sekadar nilaian. Tidak perlu berfikir lebih untuk JUDGE.
Bagi saya, orang hebat tidak sekadar menilai. Malah Berusaha untuk menghakimi serasional yang mungkin dan bertindak balas ke atas penghakiman yang telah dibuat.
Mungkin membetulkan perkara yang jelas salah. Mempositifkan perkara yang tampak negatif.
Membaiki situasi yang ada tertampung cela.
Menilai itu hak diri kita. Menghakimi itu juga hak. Namun, hak orang lain juga perlu untuk diberatkan ketika menghakimi.
Saya sangat TerTARIK dengan kata-kata ini,
Setiap orang mempunyai harga diri yang menggambarkan nilai seseorang.
Setiap orang menilai dirinya dan orang lain sesuai dengan
pemahamannya tentang HARGA buat dirinya.
Apa yang saya faham tentang harga diri, itulah yang akan saya nilai kan. Ilmu itu juga yang membezakan tahap nilaian seseorang :)
Ada juga yang berpendapat wanita yang murah itu hanya apabila dia sanggup menggadaikan maruah dirinya demi insan yang dicintai.
Juga ada yang merasakan wanita itu tampak mahal bila mengenakan jumlah hantaran yang tinggi.
jadi, orang yang beza pendefinisian nya tentang
harga diri tu ilmu dia kurang? Begitu maksud awak?
Tidak. Jangan salah erti maksud saya. Saya analogikan begini.
Ada yang merasakan da'wah melalui hiburan itu melalaikan. Tidak punya wawasan dan objektif yang jelas. Hanya sekadar menumpang nama da'wah. Juga akan melahirkan da'ei yang asyik leka dengan dunia.
Ada juga pihak yang sangat bersetuju arena da'wah diwarna-warnikan dengan elemen hiburan. Supaya dapat menarik minat pelbagai lapisan masyarakat. Satu usaha yang sangat murni.
Jadi, dapatkah terus disimpulkan mereka dari mana-mana golongan pertama mahupun golongan kedua itu kurang ilmunya?
Itulah apa yang saya cuba maksudkan. Kefahaman tentang ilmu itu yang menghasilkan buah fikiran berbeza.
Hati itu raja. Walaupun tiada siapa nampak bagaimana keadaan hati kita, semudah itu kah untuk kita mengatakan hati kita bersih?
Membuat maksiat terang-terangan. Mendedahkan sana-sini. Mencela sesuka hati.
Adakah sesuai untuk menuturkan,
'Allah tak pandang la keje apa pun yang aku buat, asalkan hati baik, cukup'.
Bukan kah segala tindakan yang kita zahirkan itu refleks hati kita bagaimana?
wallahua'lam.
Ya, namun paling penting sekali adalah penghakiman Allah terhadap diri kita.
Biarlah kita dipandang hina di dunia, asalkan terindah di mata Allah.
Biarlah buruk di pandangan manusia, asalkan cun di mata Allah. :)
Harus juga diingat, menjadi special di sisi Allah itu tidak mudah. Mukhlisin insyaAllah!
My honour is my life. Both grow in one.
Take honour from me, and my life is done.
-william shakespear-
Sebaik-baik manusia adalah yang bermanfaat untuk orang lain. Ayuh!
Sekadar memperingati untuk diri sendiri dan sahabt2..
Moga Perkongsian ini mndapat manfaat dan diredhai ALLAH swt, Amin.
Wallahua'lam..
~~>Dicopas dari Sahabat FB..^
No comments:
Post a Comment