CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
أهلا وسهلا

شكرا على زيارتكم

hadirnya tanpa kusedari menggamit kasih cinta bersemi..
hadir cinta insan padaku ini.., anugerah kurniaan ilahi..

Wednesday, September 14, 2011

˙·٠☆•♥ INDAHNYA CHENTA KERANA ALLAH ♥•☆٠·

Ini kisah mereka.. kisah cinta yang membawa ke syurga.

Kata mak.. Mak abah berjumpa di program. (Mungkin tamrin sebenarnya) Program akhir tahun siswa siswi universiti. Kata mak, ketika itu mak sedang menuruni tangga, dan terpandang abah. ...Itulah kali pertama mereka berjumpa mungkin. Cinta pandang pertama. Mak muslimah yang solehah, beriman. Bertudung labuh dan berjubah lembut. Mak mempunyai wajah yang indah. Cantik dan menyenangkan. Mak pernah dipinang, malah beberapa kali. Alhamdulillah, mak senantiasa bergantung pada Allah.

Setiap pinangan, mak akan istikharah. Pernah hadir sebuah pinangan untuk mak, yang mak istikharah ke atasnya. Dan kata mak.. "Mak mimpi mak pakai pakaian pengantin.. indah.. tapi mak pelik.. kenapa baju pengantin mak tak habis dijahit.. tak lengkap.." Dan pinangan abah datang. Hadir, Seakan angin yang menyampaikan sinar bahagia yang menenangkan.. dan pada Allah, mak bergantung harap. Mak sekali lagi istikharah. Dan Allah mengurniakan juga tanda dalam mimpi.

Mak lihat.. "Mak solat.. dan abah yang menjadi imam.. abah yang menjadi pemimpin.." Cerita mak sambil tersenyum.. Dengan redha, mak menerima, dengan cita-cita menjadi isteri yang solehah. Alhamdulillah. Aku pernah melihat surat mak pada abah semasa pertunangan. Surat cinta dahulu kala. Aku tersenyum. Hehe. Membahagiakan. Aku pernah melihat buku haraki yang dihadiahkan mak pada abah, dengan kata-kata semangat seorang muslimah kepada mujahid. Agar terus tetap dalam perjuangan. Oh, bahagianya..

Mak selalu cerita tentang kenangan manisnya.. Dulu, ketika mak mengidam mengandungkan anak sulungnya, iaitu aku..mak pernah teringin untuk makan buah, dan abah belikan 2 bekas besar khas untuk mak. Ketika mak dalam pantang dan terasa nak minum jus,abah hadir dengan satu jag besar air. Cerita mak sambil tersenyum. Dan begitulah abah, terlalu baik. Amat baik. Dan hidup mak senantiasa bersama abah.

Kadang-kadang mak sakit. Pernah mak pengsan dua kali dan masuk wad. Pernah kami sekeluarga mengalami detik-detik yang amat mensyahdukan. Abah pangku mak, dan abah menangis. Aku sebak melihat abah menangis. Dan aku tak pernah melihat abah menangis seperti itu sebelum ini. Dan abah, benar-benar menjaga mak dengan sepenuh jiwa dan raga.

Cerita mak.. Ketika sama-sama menunaikan haji. Ketika semua jemaah sudah pulang, abah masih belum pulang walaupun sudah 2 jam berlalu. Mak risau. Dan tiba2 mak terlihat abah.. "Abang ke mana? Risaunya ani.." Jawab abah,"Abang buat tawaf, dua kali.. satu untuk abang, dan satu untuk ani.. Mak terharu, biasanya tawaf setengah jam. Tapi disebabkan ramai orang, jadi sejam. Dan abah sanggup buat untuk mak. Abah dan mak selalu berlumba untuk beribadah.. "Abang buat solat sunat tasbih lagi banyak daripada ani.." "Isk, ani tak boleh sembahyang boleh lah abang potong.." Dan abah hanya ketawa.

Dalam sunat tasbih, dalam solat tahajjud, dan pelbagai perkara. Di rumah ada sebuah buku. Amalan harian di bulan ramadhan, amalan setiap hari. Dan abah dan mak selalu berebut untuk buku tersebut. Selalu bertukar tangan. Pernah mak tanya, "Abang suka ani marah-marah, tapi sihat ke??atau ani diam, tapi ani sakit.." "Tentulah abang suka ani sihat, walaupun marah-marah.." jawab abah..

Dan bila mak teringinkan sesuatu, abah akan usaha membahagiakan mak. Abah seorang tukang masak yang baik. Amat baik. Dan abah selalu membanggakan mak. Ke mana mak pergi, mak bangga bila orang berkata "Beruntung Ani dapat suami macam tu.." Mak gembira. Kadang-kadang mak pening kepala. Abah akan belai kepala mak. Bacakan ayat al-quran dengan penuh kasih sayang. Dan itu amat menenangkan mak..

Pernah mak berkata.. "Abah terlalu baik, amat baik.. Sehinggakan mak penah terfikir, jika abah mengimpikan untuk berkahwin baru. Mak akan izinkan, mak akan benarkan.. Abah terlalu baik, dan mak sentiasa inginkan kebahagiaan abah.."Dan abah selalu membanggakan mak,hingga saat terakhir. Hingga abah kini, Sudah tiada. Pergi untuk bertemu cinta agungnya.. Abah membanggakan mak dengan senyuman manisnya walaupun abah sudah tiada. Senyuman yang meredakan tangisan kami.

Mak sedih, terlalu sedih. Mak peluk dan belai abah. Ketika tangisan mak mereda. Mak berkata.. "Senyuman abah sinis, seperti senyumannya selalu untuk mengusik mak.." Mak seakan tak lalu makan. Dan aku cuba menyuap. Mak menahan sambil menangis."Jangan suap mak, mak akan teringatkan abah.." Mak tak boleh mendengar deringan telefon. "Mak berharap sangat yang telefon tu abah.." Mak terus menangis.. Sebentar mak tersenyum. "Abah terlalu baik, sehinggakan nak mencari keburukan, susah sangat.. kecuali satu.. suara abah yang tak sedap.. Itupun mak rindukan sangat suara tu..." ujar mak sambil menarik nafas dalam. Amat dalam.

"Nadwan, mak perlu kuat kan? Sebab abah dah pergi dengan baik sangat. Jadi mak kena gembira. Mak kena gembira bila abah gembira. Abah, dah bahagia sangat hingga senyum begitu sekali. Mak juga nak jadi macam abah. Mesti abah dan dapat bidadari yang cantik-cantik kan?Agak-agak abah ingatkan mak lagi tak?.. " Mak terus tersenyum. "Mak nak buat ibadah banyak-banyak.. mak nak jadi macam abah.. mak nak masuk syurga sama-sama... sampai nanti.. insyaAllah.. mak nak jadi ketua bidadari untuk abah di syurga nanti..." Dan hati seorang isteri terus tabah. Mendamba penuh harapan dalam tangisan penuh kerinduan...

InsyaAllah,mudah-mudahan kita juga beroleh cinta seperti mereka..Ammen ya Rabb....




yang atas tu semua aku copy dr org jerk...~

yang kat bawah ni la reality ape yang ade kat dalam hati aku...

aku ni nampak jerk mcm ganazz tahap cipan kan..., tp dalam hati ade taman wei...~ heheheh:-) betul.., ini bukan cobaan tapi benar2 berlaku.. wakakaka:-)

aku inginkan satu hubungan yang amat suci hadirnya.. bukan dengan couple.., bkn dengan percintaan yang melampau.., tapi cukuplah sekadar kenal dr jauh tanpa kata2 cinta terlampau... biar ianya suci n bersih dari anasir2 yang tak sepatutnya wujud..

wah.., kalo bace ayat aku ni mcm baik sgt je kan bunyik nyer.. mcm org yang tak pernah bercinta je gayenyer...~ mmg la.., aku pun mengalami saat2 cinta romantik yang xabis2 dok cite soal hati n perasaan denagn "si hero tamil" aku sorang tu.. tapi tu la.., aku tak perlukan semua tu sebenarnye...

aku jugak sebolehnye memerlukan seorang "hero" yang mampu jadi imam waktu solat.. tak perlu la imam kat masjid2 besar segala bagai.., cukup la mampu jadi imam untuk aku n anak2 ajerk... kalau boleh sepanjang bulan ramadhan.., mampu untuk bertadaus n berqiamu lail ngan aku... aku sedar.., aku tak baik.., so aku rase aku amat memerlukan seseorang yang baik untuk aku mampu jadi insan terbaik..

agaknye sebab tu la hubungan aku ngan dia asyik jumpa jalan buntu jerk.. tak pernah nye cerah tanpa masalah....~ aku macam tak percaya dengan kemampuan dia.. bkn sebab dia tak kaye ke.., tak hensem ker.., tapi ntah la nk cakap.., aku tak yakin dia boleh jadikan kau "seseorang" yang jauh lebih baik dari sekarang.. ( tau.., aku mmg xbaik pn kan)...

lagi best.., aku juga tak perlukan satu majlis yang besar n gah mcm anak2 raje dulu kale 40hari 40 malam... cukup la majlis akad nikah n majlis kenduri kesyukuran ajerk...~ erm.., cakap boley la..., tapi ntah la..~

malas nak pikir.., cakap pasalni.., teringat kat orang yang salah pulak rasenyer.. :-(

chenta_hatiey...~

1 comment:

  1. iskisk sedih citer ni... harap mahligai I pun camtu gak... Insyaallah jumpa la Mr right tu nanti amin..doa byk2...

    ReplyDelete